Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Selasa, 30 November 2010

Masa kecederaan


Lebih kurang 4 hari lagi majlis resepsi saya akan berlansung... Dalam tempoh kecederaan sebegini, saya sedang cuba untuk melunaskan/menyiapkan beberapa persiapan yang belum siap.. (apakah maknanya ayat tersebut? ahh,persetan lah... lagipun paper SPM saya sudah lepas dalam beberapa tahun, so tunggang terbalik tidak menjadi sebarang masalah.. kut kan?? hihi)

Checklist di masa kecederaan sebegini amat diperlukan dan penting, sepenting pentingnya! (walaupun tinggal beberapa hari, kau masih bekerja seperti biasa kan?? duduk di kerusi empuk-lah-sangat di pejabat tu... kalau majlis orang lain, sudah bersenang lenang di rumah, bersama sanak saudara, bergembira dan buatlah apa yang suka...) <--apa boleh buat, cuti yang diperuntukkan bukanlah banyak pun...sikit dan tidak mencukupi.. alasan semata-mata.. orang lain boleh pula bawa ke tahun hadapan kan? ohh, whatever lah..

Okey.. beberapa perkara yang sengaja di-sambil-lewa-kan, termasuklah...

: : Beli gula-gula - untuk door gift budak-budak : :

Alasan tidak dibeli awal :-  Kalau beli awal, takut habis awal kerana budak-budak di rumah saya semua hantu gula-gula.. soroklah di mana-mana yang kau suka, tetap hilang dan kau akan jumpa semula di merata-rata tempat (pembalut saja lah.. isi dah hilang..)

Now, i sedang buat tagging.. juga sengaja di-sambil-lewa-kan..

itu sahaja cerita saya semasa detik-detik kecederaan.. semoga semuanya berjalan sepertimana yang telah di rancang... aminn

Selasa, 23 November 2010

Wishlist..

Wishlist daku for Disember 2010 - 2011...

1.

Suka tengok bahagian tangkai dia.. cantik.. masalahnya, sesuai kah dengan bentuk muka daku? ohh, nevermind.. asal suka, tak sesuai pun buat-buat sesuai dah lah..

2.

Sebuah tote bag, yang saya rasa mampu memilikinya.. (plus dapat pujuk hubby untuk beli sebab beg dah sangat banyak sampai almari pun tak sanggup nak simpan!) yang sanggup simpan hanyalah kotak-kotak besar SPRM yang banyak berjasa sewaktu dahku berpindah tempoh hari.. hiuhiu..  Terima Kasih untuk anda sekalian, kotak! Jasamu dikenang..


3.

Sebuah kamera DSLR, yang telah lama diingini, tapi sering terbantut niat membelinya kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.. So, wishlist ni, kira macam baki bawa ke hadapan lah.. (ceh!ingat akaun kah apa?! Kalau Pensyarah akaun saya dulu iaitu en.AKY nampak, mesti dia bangga.. plus boleh bagi i markah tambahan on last paper hari tuh! melepasss~~ result sudah keluar pun, nadia....)

 kalau i belum rasa nak ada saving plus nak kahwin my own way hari tu, i confirm dah dapat. tak payah la cakap.. orang bukan nak tau pun.. GEDIK!! Biar lah...

tambahan untuk wishlist saya.... mungkin u all boleh suggest mana satu (perasan betul.. macam confirm dapat, padahal..........) <-- diam lah.. sebok betul! nama pun wishlist..



Tadaa~~~


4.

iPhone VS. Blackberry


mana satu yang best? Suggest untuk i, pelisssssss~~

itu sahaja buat hari ini.. kalau saya nampak ada benda yang best lagi, saya akan tambah dalam wishlist saya lagi.. so, diharapkan agar Encik Jarip tersayang memberikan kerjasama yang erat dan padu serta menjadi rakan kongsi gelap saya dimasa akan datang.

Sekian, terima kasih.

"berkhidmat untuk sesiapa yang saya suka"

yang benar sebenar-benarnya,


(Nadia Abd Halim)

Jumaat, 19 November 2010

KECINTAAN : Alyya Natasya

p/s : Rambut yang berwarna itu, semua kerja kakak saya di waktu lapang.. Saya yang menjadi mangsa dengan rela hati.

Nama Penuh    :  Alyya Natasya Abd Halim
Boleh panggil   :  Syasya
Tarikh Lahir     :  11 Julai 2004
Tempat Lahir   :  Ranau, Sabah
Hobi                :   Melukis sambil bercerita seperti ini :-

p/s : Teacher = ticers ;-- tak boleh tahann~~~ haha.. translate sebutan ke tulisan, bulat2...

*
*
ini.....


*
*
*


Hobi lain : Suka main mekap-mekap (biasalah.. saya kan girlish! auww...) Saya akan marah kalau mama saya mekapkan saya (mungkin sebab saya tidak yakin mama boleh make up-kan saya lebih cantik dari yang saya buat sendiri sebab mama pun tidak wear heavy make-up) eh, padam balik..

**

**

**

Semasa pertandingan Ratu Cantik di sekolah saya..

Saya juga suka buat aksi ala-ala comel macam ini...
**

**

**

iya.. saya lah budak comel yang berdiri di tengah tu.. saja, buat muka garang ala comel begitu.. garang kan saya? AUMM!!..

**

**
bersama sepupu se'pangkat'.. kami kan TAIKO.. tengok sepupu saya, macam budak baik kan? saya pula macam KETUA TAIKO.. Ada gaya... =)

**
**

Comel kan kami? hehe....

 Baru-baru ini, saya macam jelous pula tengok kakak-kakak buat fesyen rambut kerinting.. saya pun nak juga.. Saya bawa mama saya pergi saloon, untuk buat rambut kerinting juga. Macam ini :

**

**

**

Rambut saya setelah beberapa hari dikerintingkan.. (Nampak buruk.. Semua ni salah kakak saya sebab dia lambat ambil gambar.. Dulu mula-mula,cantik..) <--saya tidak puas hati dengan dia sebab dia tidak belikan saya mousse rambut. (Dia jelous lah tu, sebab rambut dia rosak!)

-Sekian, nanti saya sambung cerita lagi-

Selasa, 16 November 2010

KUASA PENGGUNA

Lately, banyak sangat peniaga yang MENIPU pelanggan... I lah salah seorang pelanggan yang tertipu.. ciss! Menipu pun agak-agak lah...

Ceritanya begini.....
 *
 *
 *

Ini kad yang i pilih tuk resepsi i bulan Disember ni.. I suka sebab hotstamp dia Gold.. Lagipun, nampak macam exclusive (konon la... nampak je).. Cantik gila la bila tengok kat web dia nih... Pastu, i pun call, email and deal lah dengan orang yang menguruskan benda ni, a.k.a peniaga... After dah bincang semua, i hantar form by email and fax.. Pastu, dia janji, 2 minggu akan dapat artwork.. DAN YANG PALING SANDI, dia ambil bulat-bulat (copy paste lah kan?) peta yang i bagi.. oh, damn mann~~ itu sangat HODOH, okay! I suruh dia buat cantik-cantik peta tu semula.. Okey, dia buat.. masa pula, memang tepat lah..

Pastu, i ada hantar email and tanya, kad tu nanti akan exactly macam yang kat gambar dalam web? dia jawab "YES. Hotstamping GOLD"

Dalam Terma dan Syarat dia, bagitahu yang bayar deposit 50%, baru diorang akan buat artwork.. Ok, i buat.. Pastu lagi, full payment kena buat, after kad SIAP CETAK.. tapi, dia minta full payment dulu, baru cetak kad tersebut. I takde pilihan lain, selain bayar full. Dia cakap 2minggu, siap..

2MINGGU KEPALA HOTAK KAU!! 1 bulan 2 Minggu ada lah! Balik-balik kena follow up pun, alasan bermacam-macam and pelbagai.. tinggal kau ambil and pilih mana satu alasan yang kau suka...

Dah lah lambat, i dapat kad ni


Korang nampak lah kan, sama tak? Hotstamping dia color GOLD tak? i tak tahu lah, si FAUZI ni kan, buta warna kah, tak kenal warna kah? atau....

Hey, kad i babe... Duit i.. I mesti lah tak puas hati.. I call dia balik, dia cakap apa?
"Memang ar.. Kad tu, i buat BETUL-BETUL SAMA MACAM YANG KAT WEB" betul-betul sama kepala hotak... Kau ada check ke laman web kau tu cmana? pastu..
"OK, tak apa lah.. i akan REFUND BALIK duit u 50%..Send me your account number" i pun send lah.. Tapi, sampai sekarang, dah nak sebulan i follow up, dia tak pick up phone, cari lah macamana pun, tetap hilang jejak sama sekali.. Ada kawan pergi Kedai dia, tengah renovation lah pula..

Ini buat i HOT ni.. Kalau ya pun salah, jangan lah janji itu, ini... Dah lah menipu! Kalau ada sesiapa yang kahwin and rasa nak beli kad melalui online saja, berhati-hati dengan web ini (KLIK SINI)

I bukanlah berniat nak KONDEMKAN web tersebut, tapi i nak share dengan kawan-kawan i supaya berhati-hati, sebab i dah kena.. i tak nak lah lebih ramai orang tertipu dengan janji-janji dan kata-kata manis eh, dengan apa yang dia janji.. I takde lah hasut kawan-kawan supaya JANGAN BELI, tapi hati-hati je lah... 

owh ya.. lagi satu, apa yang boleh kita sebagai pengguna lakukan boleh dijumpai di SINI <--

SHARING IS CARING..

Isnin, 15 November 2010

HEY YOU!!KAU MEMANG NAKBOOM!!

Hey you! kau lah!! yes..u! hah,..betul,.. yang drive KERETA VIVA PUTIH 1798 tu... Aku tak kenal kau pun... Tapi lepas kejadian tadi, aku kenal ko, dengan kereta kau sekali aku boleh kenal.. (termasuk lah pompuan kat sebelah kau tadi tu)

Kau drive 70km/j dekat lane kanan buat apa? Memang patutlah kereta yang baris kat belakang kau tu cucuk2.. kau tak faham kah? maksudnya "HEY LEMBAB..TOLONG LAJU SIKIT.. KALAU TAK, KAU PERGI LANE KIRI.. nyah kau dari sini".. so after this, aku harap kau faham lah... Dah lah tu, aku cucuk kau buat-buat tak faham.. pastu takde ribut, tiba-tiba kau brek pula.. APA KESS???? Kau ingat aku takut lah kalau kau brek? sikit pun tidak...

Pastu, aku dapat overtake kau, kau hon aku lama-lama and pergi bagi aku highlight lampu kereta kau yang tak berapa nak cantik tu, ada aku kesah?? tak kesahhhh.. Tapi bila kau tiba-tiba PANDAI drive laju, aku semakin tak kesah... kau stop kereta kat sebelah kereta aku,kat lampu trafik hah..itu aku kesah...

"apa masalah ko?"

"kau drive dekat sangat kenapa?nak jadi samseng jalanan??" amboihhh... boleh kau cakap camtu?? kau tak sedar diri, drive macam orang beromen kat dalam kereta pastu nak pergi lane kanan buat apa??

"yang ko drive slow tu, pastu pakai lane kanan kenapa?? tak tau undang-undang ke? takde toleransi?? pergi lah lane kiri"

"ya lahhh.. dah kereta semuanya laju-laju..BODOH" <--bengong punya orang..kau cakap aku bodoh....??? 

"of course semua kereta laju maa.. dah kau yang lembab, mesti lah semua kereta lane kiri masuk depan kau!! kau lah bodoh..tak tau undang-undang ke?"..

perghhh!!! aku rasa lah, kau ni dapat lesen kedai kopi.. tak pun takde lesen.. tak pun kau copy bini kau punya lesen je.. teruk betul orang camni... petang-petang, orang nak balik awal sebab nak terkencing, kau buat hal.. kan tak pasal-pasal kau dah dapat jari ketiga aku... padan muka kau!! aku kalau dah nak terkencing nih, memang emo.. bukan sikit, banyak!!

Takpe lah.. kau tengok....jap lagi aku report kat laki aku.. <-- cehh... perepot betul!! macamlah laki kau boleh buat apa2 kan?? hahaha... okey, tamat sudah luahan perasaan.. hati dah lapang sikit..

*END*

Ahad, 14 November 2010

DO I CARE??

Sekali lagi berhari minggu di rumah sorang-sorang... tapi tak apa lah.. nasib baik lappy ni ada walaupun awal pagi tadi ter-blackout skejap kat kawasan perumahan ni...

I sebenarnya malas nak fikir tentang apa orang fikir pasal i, perangai i, pakaian i and so so.. ingat artis?? tak apa la.. sekali sekala.. tapi, bila orang dah selalu asyik tengok-tengok i.. pastu senyum-senyum.. i rasa semakin tak kesah.. ada i kesah?? yang penting i selesa.. i bukannya spesis orang yang pakai sesuatu atas dasar cantik di pandangan orang.. i jenis yang mementingkan keselesaan.. Contohnya,


 Okey.. Selipar tersebut i pakai bila i keluar pergi beli belah and jalan pergi sukat kaki lima setiap kedai yang i lalui.. Thats mean,... yang memerlukan i jalan lama-lama pergi servay barang, dari pagi sampai malam.. Serius, i tak boleh pakai kasut-kasut vogue or sandal-sandal menawan i tu kalau nak jalan sukat 1 bandar.. tak selesa.. Hmm, ini lah sebabnya, orang asyik tengok-tengok i and then senyum-senyum.. maybe diorang fikir "owh..minah ni cantik..tapi, dia terlupa ke dia sedang pakai selipar umah??" i memang tau... yes, i tahu itu but i buat-buat tak tahu... sebab "ADE I KESAH??"

Heiii... selipar ni banyak berjasa tauuu... banyak manfaat.. antaranya, boleh lah i dapat harga murah kat kedai dengan harapan tokey kedai tu berfikir seperti ini "Oh, kasihan sungguh budak ini... Selipar rumah juga dia pakai nak pergi beli barang.. Mesti tak berapa nak mampu..takpe lah.. i bagi dia harga murah.. seperti harga adik beradik.. wah, dapat harga adik beradik dah kira murah woo.. ingat cincai kah??

Okey, kesimpulan pelajaran kita pada petang ini adalah, utamakan keselesaan berbanding fikiran orang sekeliling... ya lah.. u pakai la vogue mana pun, orang puji.. nampak cantik,.. tapi u tak selesa.. nak jalan pun kepit-kepit.. nak lari pun, terkedek-kedek.. nak kejar pencuri pun kena buka kasut dulu.. pastu kaki melecet lah, luka lah... buat apa kan?? Fikiran orang tu, boleh buat u selesa ke? tak kan? boleh bagi u duit macam yang nuffnang buat ke? tak kan?? so, buat ape nak kesah sangat?? piiigiii daa..

Psst! walaupun mata kat selipar tu tinggal sebelah je, i tetap sayang tauu! sekarang pakai kat rumah jer.. kang takde lah kawan-kawan i datang rumah and berbising sesama sendiri "eh, bukan selipar tu ke yang dia bawa kuar, pastu pakai kat rumah pula? so the pengotor!"  No No No... itu Not good~~






Sabtu, 13 November 2010

SWITCH TO DiGi



Lagi-lagi pasal contest.. Tapi yang ni, khas buat pengguna DiGi sahaja.. thats why i suruh u all switch to DiGi... Fuiyoooooooooooo, pasal muzik je, boleh menang iPhone 3G?? Biar betul????

Kalau tak percaya, Klik SINI <--

Selamat Menang iPhone 3G semua...

CRAZY FOR CASH $$


Tengok tajuk je dah tau kan, pasal sebarang contest... i memang sukaaaaa sangat join any contest.. Okey, tuk contest Crazy For Cash ni, korang mesti ada account BONUSLINK, yer... Itu saja syarat yang dikehendaki.. sangat simple kann?? so, for u all yang belum ada account BONUSLINK, sila lah apply kad BONUSLINK dengan segera..

Untuk join contest ni, klik SINI<--

Untuk Apply Kad BONUSLINK, sila ke parkson berdekatan anda or klik SINI <--

Kalau join and memang tu, inform lah i.. at least, kalau i tak menang, bangga jugak i, sebab i share ngan u all kan... Apa-apa pun, semoga berjaya u all... i juga skali.. hihi

SHARING IS CARING

KERBAU OH KERBAU...


Selamat berhujung minggu semua... Hujung minggu i habiskan di rumah saja.. Maklumlah, cik abang kerja kan... (eleh, macamlah kau tak biasa duk sorang-sorang kat umah kan?? time bujang dulu boleh je...) itu masa BUJANG, okay!! sudah.. stop gaduh.. ok, i stop...

Eh, pasal apa pula tajuk entry kau kali ni sangat menggoda dan kelihatan vogue sekali?? ok, berhenti fikir dan i akan cerita sekarang juga.. ya, sekarang...

- Hard Disc Pink ini bertajuk = Buffalo-

Hah... sekarang semua dah dapat agak kan kenapa tajuk sevogue itu yang i gunakan, kan??

Eh, sabar la... I cerita lah ni...

okey, Cerita dia begini... Hari tu, i ada beli hard disc.. ya lah,.. lappy tersayang dah macam nak lembab sebab tersangatlah banyak benda-benda yang tak berapa nak penting tapi i perlu.. contohnya games, pic2, lagu2 60-an sampailah 10-an.. (eh?ni macam makin oldskul ni? abis tu kalau tahun 2010, nak singkatkan cmna ek?? tak payahlah pening-pening fikir.. cakap je lah tahun 2010..) and so-so....

Episod ke-2nya begini


**

**

**









Benda ni, i tak pernah guna.. so, after 3minggu, i try la guna dengan hati yang riang gembira, serta berkobar-kobar (ye lah.. barang baru... eksyen sekejap dekat adik-adik).. sekali tu, tak dapat nak guna.. first, dia bagi arahan tuk install benda ni.. i buat.. pasti dah DONE semua, i try la letak gambar dan lagu banyak-banyak.. maka dengan itu, i hapuskan semua folder yang i dah pindahkan ke dalam kerbau ni.. i tak delete gitu je tau.. i delete, permanent terusss... dengan hati yang lapang, i pun pergi lah sambung tidur (masa kejadian : malam, tempat : taman satria ) <--perlu ke? kau ingat polis report?? oh, whatever lah...

Keesokan paginya, bangun je dari tidur, i on lappy bersama-sama si kerbau ni sekali.. tengok-tengok, semua data yang i transfer pada malam kejadian tak de pun dalam kerbau... check punya check, kosong! perghh!! gelabah gila... Memang lah, harga bagi u all takde lah mahal pun.. tapi, sebagai pembeli, kalau dah silap beli barang camni, rasa cuak juga kan??

3 hari kemudian, i tanya kawan yang kira pakar lah juga dalam hal-hal macam ni.. (i beli brand kerbau ni pun setelah dia suggestkan... ada turbo lah.. cepat lah...) memang betul lah pun...
Dia cakap dah tak boleh selamatkan data-data kat dalam.. kena hantar kat kedai tu balik.. sebab masih baru dan warranty pun masih ada..



Episod 3

1 minggu kemudian, i ngan hubby pergi lah kat kedai tersebut... nak claim warranty lah konon... One of their staff try buat... then, berjaya! tapi sempat berpesan 'kalau tak okey, datang balik and claim warranty'...

Sampai rumah je malam tu, i try... then, yessss!! yes apa, tak jalan jugakk laa... hmm



Episod 4

Fuhh, panjang cerita kau, sampai berepisod-episod.. Padahal takde lah best mana pun... biasa je... biasa-biasa pun, yang ko baca pehal?? <-- dialog si hitam dan si putih.. okey, tapi kau dah lari tajuk.. sambung balik...

pergi semula ke kedai berkenaan... diorang try buat lagi dan ternyata, memang dah rosak.. so that, nak kena tinggalkan kat kedai tu.. diorang nak hantar pegi kilang.. hubby i tak nak macam tu.,.. dia nak on the spot ada ganti.. kesian juga kat adik sorang tu, terpaksa gi jumpa supervisor dia berkali-kali... bincang punya bincang, hubby i dah naik angin.. supervisor tu boleh cakap camni..
"i boleh ganti hard disc ni on the spot, tapi u kena datang bawa cable ngan kotak tu skali.. kalau kotak tu tak ada, i tak boleh ganti" <-- heii, ko takde bagitau pun, "kotak tu ada warranty tau.. kotang jangan buang kotak tu.. kalau kotak tu takde, tak boleh claim warranty" kalau ko cakap gitu, i akan simpan kotak tu sampai 3tahun tau!! ingat ape.. seumur hidup i, tak tau pula yang kotak pun ada warranty.. baca kat term n condition pun tak de.. suka-suka ko tak nak bagi warranty..

To abang supervisor berbadan sasa (kalau kau baik, panggil sasa la.. dalam kes kau ni, i panggil gemok je), kau tu, dah lah berlagak boss, layan customer pun macam layan peminta sedekah.. i layan peminta sedekah pun tak macam u layan customer tau!! nasib baik bos u takde kat kedai time tu.. kalau ada, siap kau! (ceh.. ganas kan i?? kan? kan? kan??)

Setelah hubby i gaduh-gaduh manja ngan staf kat kedai tu, akhirnya i dapat juga KERBAU baru.. kaler pink lagi u.. (dulu kaler putih)..

Happy ending kan?? yeahhh~~~~~~ sila tepuk tangan semua... hihi

-TAMMAT- <--zaman P.Ramlee nih
SEKIAN.