Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 7 November 2012

DURIAN Pancake / Durian crepe



Masa window shopping di City Mall hari tu, haruslah singgah di stall yang jual durian pancakes.  Ada kawan yang cakap, sangat sedap.  Kalau beli, jangan beli 1 saja. Harus beli sampai 5. Kenapa? Sedapppp...  Gerenti x puas kalau just ambil 1 tapau.

So, sampai depan stall tu, i tanya mr.hubby.

"Mau ambil berapa banyak ni?"

Mr. Hubby : Besar juga nafsu??? 1 cukup lah.. buat apa banyak-banyak.

i tau, dia hantu durian (kami 1 family memang hantu durian. Yang paling adalah Irfan.)
dats y i tanya dia.  Kut-kut lah dia cakap "ambil 3 la.."

okay, so i cuma ambil 1 tapau saja.

Sampai di kereta, tanpa memerdulikan orang yang mau masuk parking, i suruh Mr.Hubby tunggu jap.  Makan dulu.. 


Inilah rupa bentuk durian pancake tersebut.  I mesti pegi lagi next time dan terus beli 3 tapau(untuk saya saja).  Temaha betul oo kan??




Hantu durian yang comel sedang menikmati pancake beliau sorang-sorang di seat belakang. (gambar kabur kerana sedang melalui jalan yang berombak-ombak)



Standby air minum sebelum berlaku apa-apa. (sama. jalan berombak, sebab tu gambar x clear)



ini apa? xkan jalan punya salah juga?  Ok, fine. I pakai henpon buruk ja.. =(

Maammiiiii... Finishhh.. mau lagi.
Sorylah nak.. semua sudah habis mummy bedal. 

Mr.Hubby tengok ja i makan.
I ask him "mau ka?"
Mr.Hubby : Mau lah kalau sayang bagi...

Haha.. kesian kan?  Or sengaja jawab begitu supaya i kesiankan... 
So, i bagi MR. Hubby 1, Irfan 1 and another 2 for mummy. 
Adil la begitu kan?? Kenapa pula x adil?? Kan i makan untuk 2 orang. Eh.



Irfan Go Shopping dengan Compact car



Semalam sambil menyelam minum air. 
Irfan flu, so bawa dia ke klinik.  Masa di klinik tu, doktor cakap ada demam sikit. 
Memandangkan CityMall adalah sangat hampir dengan klinik yang kami pegi tu, maka haruslah singgah..

Ke Giant untuk cari pengganti botol air Irfan.  Sejak tiada botol air, Irfan makin pemalas ya ampun mau minum plain water.  Memang sangat ketara.  If bagi minum dalam gelas, hanya seteguk dua sahaja.  Selebihnya, sebagai air basuhan tangan. =.=

Bukan botol air yang ingin diceritakan sekarang ini ya... hihi
Ini cerita di Giant.

Irfan beria-ia duduk dekat trolley yang ada kereta untuk anak tu.  Sambil 'tuuu...tuuuu' tunjuk kereta, maksudnya 'mau itu, mau itu'. Sewanya adalah seMAHAL RM50.00.. Janganlah risau sangat. Refundable juga pun... hihi, maklumlah... 1st timer...



 sepanjang di dalam kereta tu, asyik broom broom, nginggg nginggggg (bunyi kereta) saja.  Sambil pusing-pusingkan steering dan hentak-hentak kaki. Motif hentak kaki? Idaklah saya tau...  Hanya Irfan yang tau, apa yang dia imagine masa hentak-hentak kaki tu. Adakah imagine menekan clutch dan minyak? atau tekan brek kah?? hihi..






Sengih-sengih bila tengok daddy snap gambar dia..



Reaksi ke-hairan-an disitu.
Aik, kenapa boleh jalan ni?? Mana roda?? x nampak punnn...
Or.. eh, kenapa masih jalan ni?? kan dah tekan brek.. =)




see.. how nginggg-ngingggg and vroom vroom he is kalau ada benda ni..

Baik ada benda ni.  Irfan x mau turun-turun sampai mummy habis shopping.  Kalau trolley biasa tu, habis dipanjat sana sini.  Berenti kejap, adalah barang yang diangkut masuk dalam trolley.  X pun, asyiklah mengoyakkan plastik pembalut ayam or petik-petik daun sayur.. Sampai kaunter, sayur daun tinggal batang saja lagi. =.=

Itu kalau ada trolley, kalau tiada??  Penat mengejar dia asyik berlari kesana kemari. Penaaaattttttt..  Kenalah bawa daddy untuk guard dia.  Dia hanya akan duduk diam kalau ada sama daddy.  Cuba kalau sama mummy seja?  Cancel shopping terus. x terkawal.