Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Khamis, 12 Julai 2012

It's Pantai timeeee....


Salam....

Hari tu, Irfan menangis-nangis tak mau masuk dalam kereta... Biasa lah.. sejak ada 'kaki' ni, asyik mau berjalan saja.. Jenuh mak mengejar kesana kemari...

Petang balik kerja kan time yang paling sibuk.. Di mana-mana pun jam.. So, daddy suggest la, berenti kejap di tepi pantai... Sampai ja di Tanjung Lipat, Irfan terus cepat-cepat keluar dari kereta.. Happy betul! Sanbil menjerit-jerit di tepi pantai tu..




Terussss, ke laut... x takut lansung! Stop kejap, hairan tengok ombak.. lepas tu, lari lagi ke laut sambil tunjuk sunset & gelak-gelak...  Besar da.. Rasa macam baru 3 bulan lepas mummy bersalin.. hihi





Daddy, Irfan & Mummy... =)







Tengah surut....  Irfan tengok sunset sambil mendekat.. Ingatkan boleh grab sunset tu.. Semakin lama, semakin berjalan ke sunset.. hihi... =)

Daddy jadi bodyguard, takut nanti budak kecil ni duduk and terus minum air.. Favourite! selalu buat begitu masa mandi...







Daddy pujuk Irfan naik ke pantai.. Irfan mengeras xmo naik.. Makin ke tengah adalah... =)

* Baju, seluar & pampers basah kuyup.. mummy x sempat buka, sudah masuk dalam laut.. alang-alang da basah, mummy biarkan ja la..  mummy sempat buka kasut ja..


Lepas da paksa Irfan ke pantai, kemain meraung.. semua orang di tepi pantai tu tengok.. da la suara macam budak darjah 3!! Ades.. terpaksa buka baju tinggalkan pampers, terus bawa main di playground.. Nasib makan pujuk.. kalo idak???  =.=


Naik kereta, sambung meraung lagi sambil hempas-hempas badan di badan mummy.. Sabooo je la...


Sekian, Laporan di pantai.. hikhik...




11 hari... semoga cepat berlalu


Salam semua....


Semoga mummy boleh handle Irfan dalam masa 11 hari daddy outstation ke Oversea.. Aisey! hehe.. Oversea lah sangat kan....


Baru beberapa hari daddy outstation, Irfan punya meragam tu, Ya Allah... Bikin mummy hilang sabar.. Betul-betul menguji kesabaran...  Menangis beria-ia sampai macam da jadi mangsa dera..  Kalaulah ada jiran tetangga jenis yang prihatin, maunya dilapor ada kes penderaan di kawasan perumahan tu... =.=


Lepas tu, sampai di rumah ja teruslah jadi belangkas.. Baru buat kerja di dapur sikit, sudah melalak-lalak... Mau juga mummy duduk di sebelah dia sambil dia main lori dia tu..  Asal berpaling, tidak nampak mummy di mana-mana, sudah start enjin... Aduhhhhh~~ Stress mak tau...  Ini baru 1.. Kalau 2,3,4,5????


Semalam, Irfan nangis depan tandas sambil pukul pintu tandas.... 'daaaaa diiiiiiiii'...  Macamlah daddy dia ada dalam tu.. mummy ambil, bawa ke ruang tamu, buka # disney junior... Ok, duduk diam tengok Tayo The Little Bus... Iklan ja, terus berlari ke depan pintu kamar mandi pula... Sambung nangis & pukul-pukul pintu kamar mandi... 'daaaaaa diiiiiiiii'.... Ades... mummy ada sini nakkk... tak payah la daddy sangat... =.=


Sebelum tidur, mummy terpaksa merelakan diri untuk menjadi bahan gusti Irfan..  Mesti dia rindu, sebab selalu, daddy main gusti-gusti dengan dia..  Bila dia boring sebab mummy x pandai, dia sambung nangis lagi... Nasib baik ada t shirt daddy yang x basuh lagi..  Boleh lah jadi umpan sekejap...








Selasa, 10 Julai 2012

Irfan Qaiser & Angka 1


Salam semua.....

7.7.12 hari tu, 1st birthday Irfan... 7.7.12 tu pula, jatuh pada hari Sabtu... Lorr, sungguh tidak meriah sambut birthday bertiga.. hihi... So, mummy ingat hari Isninnya, (9.7.12) tu, mau bawa kek ke Taska Kristal Ria.. Taska tempat Irfan bersekolah.. aisey... hehe



Tadaaa~~~ Ini 1st birthday cake Irfan... Aikk?? kenapa mummy pilih Upin Ipin pulak??? 

Mummy pilih gambar upin ipin, sebabnya Irfan sukaaaaaaaasangat-sangat dengan 2 orang budak botak yang comel ni... siap tiru cara cakap 'betul betul betul' tu.. Walaupun tak dapat sebut 'betul' tu dengan betul, tapi bila sebut tu, Irfan dengan sedaya upaya nak kecilkan suara... haha..



Having roti telur for breakfast with daddy... Amboi... tak sabar.... Panas nak oiii...




Untuk Irfan,

Semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan kedua ibubapa.. Jadi anak yang berguna, dan disayangi oleh semua orang...  Boleh ja kalau mau naughty, tapi jangan berlebihan yaa.. noty sikit2 boleh la.. Jangan dulu cari girlfriend sekarang... Tunggu besar sikit..Untuk tahun pertama ni, ini ja la pesanan mummy... nanti bila sudah 2 tahun, makin panjang dan begitu juga seterusnya... Okay...

Salam sayang,  

mami Irfan yang cantik...

Kenapa Lelaki Tak Pakai Tudung??


Salam...

Hai u alls.... Okay, entry ni, saya buat setelah mendapat komen dari saudari Aqeeda Ezzati pada entry fakta saintifik kelebihan berhijab..


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Actually, saya pun tidak pernah terfikir nak tanya soalan macam yang cik kita tanya tu.. Okay sangat lah dia tanya.. sebabnya, kalau dia tak tanya, saya pun tak pernah nak cari-cari fakta tentang Kenapa lelaki tak bertudung.. At least, kita semua boleh tambahkan pengetahuan.. =)

Okay, berbalik kepada tajuk, saya ada buat research.. Ala, dari internet juga.. u all pun boleh buat what...  Mungkin, bolehlah sedikit membantu jawab soalan cik Aqeeda kita kan... 

Mak pun baca kat sini, you......