Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Not Good...... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Not Good...... Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

Demam lagi..


Part yang ni, saya memang terus jadi lemah satu badan... Semalam Irfan demam lagi.. Mungkin sebab kena inject?? Tapi belum ke tahap demam lah.. baru mau start, saya pantas mengelap seluruh badannya dengan menggunakan air sejuk dalam peti sejuk... wahh... boleh??


suhu badan... 39'C

Buka baju,.. Just pakai CD and tekap face towel di dahi dia... Sekejap saja, towel jadi suam.. =(
Irfan tidur sambil hisap jari.. Sedap sangat kut..


beberapa jam lepas lap badan dia, saya gantikan face towel dengan Kool Fever Patch..

Muka awal pagi, baru bangun tidur..

Pagi tadi, demam Irfan sudah kebah.. Harap-harap tidak demam lagi lah.. Get well soon, sayang mummy...


Selasa, 8 November 2011

TENSI



Balik dari cuti raya terus tensi.. apa tidak, tadi pegi klinik.. appoinment Irfan for 4th month.. yeayy.. anak saya dah 4 bulan.. tapi yang buat mak ni tensi adalah 'timbangan'.. Timbang anak pun buat mak tensi.. Tambah tensi lagi bila tengok timbangan mommy.. Ades! Whattttttt??????? Naik lagi?? Jangan buat-buat terkejut sebab kau bukannya berdiet sepanjang lepas bersalin.. Bertambah pelahap ada lah.. Ini semua atas desakan hati... 'x pa la.. anak saya kan masih fully breasfeed' -__- <-- ALASAN!! tapi bila jarum timbangan tu makin naik, tension sendiri.. *sigh*

Itu pasal timbangan naik.. Yang si anak pula, timbangan tak berapa nak naik.. just imagine, dalam sebulan tu, Irfan cuma gain 200gm SAHAJA??? tensiiiii... Haha, mak ni berabis lah paksa anak menyusu sampai fulltank.. Tapi berat just naik 200gm saja.. Mungkin sebab da seminggu flu?? Tenangkan jiwa...




Irfan 3month old = 6.8kgs..
 (Abaikan bantal busuk mommy semasa pregnant dan sekarang da jadi bantal kesayangan Irfan)


Irfan 4month old = 7kgs.. =(


Sekian, ke'tensi'an mommy...



Selasa, 25 Oktober 2011

=(



Mood sangat buruk sebab anak demam...

Semalam tidur hanya berapa jam sahaja sebab Irfan asyik merengek tidak selesa.. Badan dia tersangatlah panas.. Kepala apatah lagi.. Sampai towel yg saya basahkan dengan air sejuk jadi suam! Sikit lagi kering..

Dari semalam, memang nampak dia sangat tidak selesa.. Ingatkan rimas sebab cuaca panas ka, lapar kah.. rupanya mau demam.. =(

Tadi pagi, masa bersiap mau pegi kerja, dia start rengek-rengek juga.. Pegang kepala, biasa saja.. Bila angkat, SubhanAllah.. Punya panas badan dia...

Ingat hari ni mau bawa dia pergi Klinik Malaysia Jalan Pantai.. Doc Elizabethhhhh, wait for meee~~ huhu..

Harap-harap, dia baik-baik saja di taska tu... Sampai sekarang, belum lagi teacher dia call.. mungkin badan dia belum berapa panas la tu..


Bad mood, bad mood, bad mood...

Plus terserempak dengan orang gila tadi di bawah office! huh!!



Isnin, 6 Jun 2011

Bleeding

Eceh.. macam nyanyi lagu Leona Lewis kan..

I keep bleeding
Keep bleeding In Love...

Haha..

Bukan apa.. Jumaat lepas (03.06.2011) saya buat pertama kalinya naik Ambulans.. Wah, bangga la?? Sebabnya.. Tajuk entry di atas lah..

Time di office, call Encik Jarip,bagitau dia yang saya bleeding for the 2nd time.. 1st time, hari Khamis.. Dia pun, apa lagi.. drive macam pelesit, hantar pegi Unit Kecemasan di Hospital Queen Elizabeth 1.. Maklumlah.. Hanya hospital itu yang terdekat..


Menyempat ambik gambar dalam ambulans... Ini kes kecemasan ka?? Siap boleh tahan senyum lagi..
Ohh.. dripping itu paling tidak best! Rimas...

Perut mak macam perut orang tak pregnant kan?? Masa baring la.. Cuba kalau duduk or berdiri.. Macam mengandung 12 bulan gamaknya..haha


Malangnya, pegi HQE pun, tetap kena hantar pegi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.. Dengan menaiki Ambulans, okey.. Kereta sendiri tidak dibenarkan!

Time pemeriksaan itu yang paling sandi! Sakit, okey! Lepas tu, on the spot masuk wad.. Tidak pasal-pasal jadi Lady in Pink dalam masa 2 hari.. haha..



Benda ni yang buat saya susah tidur and rimas serimas rimasnya.. Bergerak susah, tak bergerak pun susah..




Diorang letak ni kat sebelah katil mak... Apa ingat mak da nak deliver??? Ehh.. Lek lu...





Haa.. Ini semua pengajaran, okey.. Kalau da pregnant tu, buat cara mak buyung.. Ini, da tau pregnant tapi perangai macam orang tak pregnant... Bleeding tu disebabkan oleh pergerakan yang banyak dan rehat yang sikit.. SO...

Doktor pesan :

* Banyakkan berehat
* Kurangkan berjalan


 Yang kau, orang lain hujung minggu tu waktu rehat, kau pula hujung minggu tu heavennn~~ dapat pegi jalan-jalan window shopping lah.. Jogging naik tangga lah... Kesian baby, kan baby....


Saya discharge pada keesokan harinya.. Hari Sabtu.. Kan okey kalau admit on Thursday and discharge on Friday.. Banyak sikit waktu 'REHAT'.... hahaha



 



Rabu, 1 Jun 2011

Kecurian

Setelah sekian lama bercuti, 1st day masuk office, sudah ada berita yang soi.. Pejabat dimasuki pencuri LAGI!! Hari tu, handset saya jadi mangsa.. Sekarang, drawer hak milik kerajaan pula jadi mangsa... Semua drawer yang berkunci, semua rosak and kena pecah.. Nasib baik drawer saya memang rosak, jadi tiada apa benda yang penting disimpan dalam drawer ni...

Ada officemate tu, handset dia pula yang hilang.. letak dalam drawer berkunci, memang pencuri tu aim lah kan...

Tapi, tiada tanda pecah masuk pun... Sebab, memang susah masuk office ni dari pintu depan dan belakang.. Sebabnya, office kitorang pakai access card.. So, apa cer???

Mungkinkah.....

1)  Kelalaian orang terakhir yang keluar dari pejabat ni, dia tidak periksa betul-betul masih ada orang di dalam ka or sebaliknya (pernah ada kes, pencuri tu masuk sebelum office hour berakhir.. Dia bertapuk di tempat yang jarang orang masuk like meeting room, etc.. Pastu, memulakan modus operandinya pada sebelah malam... sempat tidur dalam office lagi tu.. pekena secawan kopi di pantri.. adess!!)

2)  Orang dalam??????

3) Bangunan yang tidak secure???

owh.. wallahualam.. Hanya DIA yang mengetahui yang sebenar-benarnya.. semoga pencuri itu mendapat bahagian yang setimpal untuknya...

Sangat malang baginya untuk mencuri di pejabat kami kerana tidak banyak pendapatan.. dalam petty cash box pun ada cuma RM8.00 sahaja! ahhaha... sudah pun digunakan pada hari Jumaat yang lepas... Nasib badan la... =)



Isnin, 15 November 2010

HEY YOU!!KAU MEMANG NAKBOOM!!

Hey you! kau lah!! yes..u! hah,..betul,.. yang drive KERETA VIVA PUTIH 1798 tu... Aku tak kenal kau pun... Tapi lepas kejadian tadi, aku kenal ko, dengan kereta kau sekali aku boleh kenal.. (termasuk lah pompuan kat sebelah kau tadi tu)

Kau drive 70km/j dekat lane kanan buat apa? Memang patutlah kereta yang baris kat belakang kau tu cucuk2.. kau tak faham kah? maksudnya "HEY LEMBAB..TOLONG LAJU SIKIT.. KALAU TAK, KAU PERGI LANE KIRI.. nyah kau dari sini".. so after this, aku harap kau faham lah... Dah lah tu, aku cucuk kau buat-buat tak faham.. pastu takde ribut, tiba-tiba kau brek pula.. APA KESS???? Kau ingat aku takut lah kalau kau brek? sikit pun tidak...

Pastu, aku dapat overtake kau, kau hon aku lama-lama and pergi bagi aku highlight lampu kereta kau yang tak berapa nak cantik tu, ada aku kesah?? tak kesahhhh.. Tapi bila kau tiba-tiba PANDAI drive laju, aku semakin tak kesah... kau stop kereta kat sebelah kereta aku,kat lampu trafik hah..itu aku kesah...

"apa masalah ko?"

"kau drive dekat sangat kenapa?nak jadi samseng jalanan??" amboihhh... boleh kau cakap camtu?? kau tak sedar diri, drive macam orang beromen kat dalam kereta pastu nak pergi lane kanan buat apa??

"yang ko drive slow tu, pastu pakai lane kanan kenapa?? tak tau undang-undang ke? takde toleransi?? pergi lah lane kiri"

"ya lahhh.. dah kereta semuanya laju-laju..BODOH" <--bengong punya orang..kau cakap aku bodoh....??? 

"of course semua kereta laju maa.. dah kau yang lembab, mesti lah semua kereta lane kiri masuk depan kau!! kau lah bodoh..tak tau undang-undang ke?"..

perghhh!!! aku rasa lah, kau ni dapat lesen kedai kopi.. tak pun takde lesen.. tak pun kau copy bini kau punya lesen je.. teruk betul orang camni... petang-petang, orang nak balik awal sebab nak terkencing, kau buat hal.. kan tak pasal-pasal kau dah dapat jari ketiga aku... padan muka kau!! aku kalau dah nak terkencing nih, memang emo.. bukan sikit, banyak!!

Takpe lah.. kau tengok....jap lagi aku report kat laki aku.. <-- cehh... perepot betul!! macamlah laki kau boleh buat apa2 kan?? hahaha... okey, tamat sudah luahan perasaan.. hati dah lapang sikit..

*END*

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang ........

Sudah lama saya tidak menconteng di atas belog yang PUTIH SUCI ini.. (haha, faham2 la.. kan kosong sekosong-kosongnya)..


okey, hari ini saya mahu berkongsi tentang pepatah melayu di atas, yang telah saya jadikan tajuk entry saya untuk kali ini... Dewasa ini, (Ceh!kau ingat ini Kertas SPM Bahasa Melayu Penulisan, mau guna dewasa ini segala?! - Dapat markah lebih sikit.. haha).. ok, ok... berbalik kepada tajuk tersebut semula,.. Saya pun sebenarnya bukanlah sempurna sangat untuk membincangkan perkara tersebut.. tapi, boleh lah berkongsi sedikit sebanyak tips untuk renungan bersama, untuk mengelak daripada jadi seperti dulang paku serpih.. haha..


oops... sebelum terlupa.. kan after word orang tu saya buat '....' saja. (Maksudnya, pandai-pandai lah you all sambung) tapi... Ada sesiapa yang tidak tahu apa lagi ayat selepas itu?? ( eh, confirmlah semua tau.. Kau ingat, kau sorang saja yang pergi sekolah??hehe) sorry lah.. saya ni memang suka bermonolog sendiri.. layan saja lah! =)

kamu tahu or tidak tahu, saya tetap akan sambung..

sambungan ..... DIA YANG LEBIH..

Di sini adalah 'petua' yang kita semua boleh gunakan untuk menghindari perkara diatas daripada berlaku...

1) KURANGKAN BERCAKAP - petua yang pertama ini adalah petua yang amat mustajab sekali.. ini adalah kerana, bila kita kurangkan bercakap, maka dengan automatiknya kita pun kurang bercakap tentang hal orang lain. kan? kan? kann???

2) BERFIKIR sebelum bertindak - hah... ini yang kita semua selalu lupa buat (even saya sendiri pun).. haha.. Maksudnya di sini, sebelum kita kutuk/cakap pasal orang lain, kita bandingkan dengan diri kita sendiri dulu.. contohnya, 'eh, saya pernah buat kah begitu?'.. kalau sendiri pun buat, baik takyah cakap.. itu memalukan diri sendiri namanya, tahu?? itu salah satu contoh terdekat ya...

setakat itu, ini saja lah yang saya dapat kongsikan... 2 tips pun cukup kan? ok lah tu, dari tiada.. jangan melebih-lebih, sudah......

Herm.. sebenarnya kan, saya mahu menceritakan sesuatu pada you all.. tapi, memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari.. maka yang demikian, saya tidak jadi meneruskan penceritaan saya kerana ianya berunsurkan pengajaran.. plus ada unsur umpatan sikit lah.. oleh kerana ingin menjauhkan diri dari terjebak ke dalam MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH, maka saya pun mengurangkan menulis/menaip.. (ehh... tapi, ada kah dalam petua saya tu, yang menyatakan KURANGKAN MENULIS?? tiada kan??) oohh... whatever la.. saya pun malas mahu edit meng'edit' nih.. you all tambah lah sendiri, k... huhu..

Itu sahaja buat entry ini.. Selamat Hari Jumaat semua, dan selamat beramal! =)