Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Ahad, 31 Oktober 2010

Oh.. Baru saya tahu...




oh.. okey... pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa pergi ke klinik tempoh hari (tempoh hari lah sangat padahal baru semalam..hihi)..

Saya and hubby pergi ke klinik kerana saya rasa tidak sihat..pergh,... kepala je berat sebenarnya.. cakap macam orang yang tidak larat bangun saja kan??? hihi... owh, okey.. sambung.

Pastu, doktor tu tanya la sakit cmana, ambil supplement apa... so, saya pun tipu lah doktor tu cakap ambik Vitamin C la.. vitamin E la.. padahal harammm~~~ hihihi... =)

doktor tu lelaki tapi dia baik.. sebab dia breef saya pasal supplement yang perlu diambil.. sebagai contoh, ASID FOLIC..

oh, okey... saya baru tahu sebenarnya asid folic ni perlu diambil 3 bulan sebelum kita merancang kehamilan.. selama ini, saya ingatkan ibu mengandung saja yang perlu makan that supplement.. elehhh, ada juga antara kamu yang baru saja mengetahuinya selepas baca yang saya taip ni kan?? jangan tidak mengaku... Mengaku cepat!! malu lah tu sebab kedapatan kan.. haha.. okey. stop ketawa...

jeng jeng jeng....



(ingat cincai?? masuk dlm bekas terus, occay....)

haha, abaikan hujung gunting, bekas serta ubat yang lain.. sila fokus terhadap asid folic sahaja. terima kasih.

Doktor tersebut suggestkan saya supaya mengambil asid folic appeton ini... saya pun tidak tahu sejauh mana keberkesanannya, so let me try first yaa.. =)

untuk lebih lanjut, sila klik sini. Saya beronok-ronok berkongsi ilmu dengan semua.. so,apa tunggu lagi, sila sila sila.. jangan malu-malu.. buat macam rumah sendiri yaa...


Jumaat, 15 Oktober 2010

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang ........

Sudah lama saya tidak menconteng di atas belog yang PUTIH SUCI ini.. (haha, faham2 la.. kan kosong sekosong-kosongnya)..


okey, hari ini saya mahu berkongsi tentang pepatah melayu di atas, yang telah saya jadikan tajuk entry saya untuk kali ini... Dewasa ini, (Ceh!kau ingat ini Kertas SPM Bahasa Melayu Penulisan, mau guna dewasa ini segala?! - Dapat markah lebih sikit.. haha).. ok, ok... berbalik kepada tajuk tersebut semula,.. Saya pun sebenarnya bukanlah sempurna sangat untuk membincangkan perkara tersebut.. tapi, boleh lah berkongsi sedikit sebanyak tips untuk renungan bersama, untuk mengelak daripada jadi seperti dulang paku serpih.. haha..


oops... sebelum terlupa.. kan after word orang tu saya buat '....' saja. (Maksudnya, pandai-pandai lah you all sambung) tapi... Ada sesiapa yang tidak tahu apa lagi ayat selepas itu?? ( eh, confirmlah semua tau.. Kau ingat, kau sorang saja yang pergi sekolah??hehe) sorry lah.. saya ni memang suka bermonolog sendiri.. layan saja lah! =)

kamu tahu or tidak tahu, saya tetap akan sambung..

sambungan ..... DIA YANG LEBIH..

Di sini adalah 'petua' yang kita semua boleh gunakan untuk menghindari perkara diatas daripada berlaku...

1) KURANGKAN BERCAKAP - petua yang pertama ini adalah petua yang amat mustajab sekali.. ini adalah kerana, bila kita kurangkan bercakap, maka dengan automatiknya kita pun kurang bercakap tentang hal orang lain. kan? kan? kann???

2) BERFIKIR sebelum bertindak - hah... ini yang kita semua selalu lupa buat (even saya sendiri pun).. haha.. Maksudnya di sini, sebelum kita kutuk/cakap pasal orang lain, kita bandingkan dengan diri kita sendiri dulu.. contohnya, 'eh, saya pernah buat kah begitu?'.. kalau sendiri pun buat, baik takyah cakap.. itu memalukan diri sendiri namanya, tahu?? itu salah satu contoh terdekat ya...

setakat itu, ini saja lah yang saya dapat kongsikan... 2 tips pun cukup kan? ok lah tu, dari tiada.. jangan melebih-lebih, sudah......

Herm.. sebenarnya kan, saya mahu menceritakan sesuatu pada you all.. tapi, memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari.. maka yang demikian, saya tidak jadi meneruskan penceritaan saya kerana ianya berunsurkan pengajaran.. plus ada unsur umpatan sikit lah.. oleh kerana ingin menjauhkan diri dari terjebak ke dalam MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH, maka saya pun mengurangkan menulis/menaip.. (ehh... tapi, ada kah dalam petua saya tu, yang menyatakan KURANGKAN MENULIS?? tiada kan??) oohh... whatever la.. saya pun malas mahu edit meng'edit' nih.. you all tambah lah sendiri, k... huhu..

Itu sahaja buat entry ini.. Selamat Hari Jumaat semua, dan selamat beramal! =)