Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Tips Hamil


Wah, wah... Dah lama tak update blog, tiba2 update macam topik 18sx la pulak kan... baru 2bulan ++ kawen, dah pandai bagi tips bagai kan?? haha.. nevermind... kata sharing is caring kan... 

okey lah, siapa2 yang rasa macam nak hamil tu, i ada sikit tips for u all.. dapat dari majalah Keluarga Harmoni, keluaran 1-15 Januari 2007. I copy paste bulat2.. So, macam unsensored sikit lah...

**

**

1.  Letakkan bantal di bawah pinggul selama setengah jam selepas menjalinkan hubungan intim untuk membenarkan serviks terdedah kepada jumlah semen yang maksimum.

2. Elakkan mengadakan hubungan seksual dalam posisi berdiri atau pasangan wanita berada di atas. Cara sebegini menentang graviti dan mengurangkan daya pergerakan sperma.

3. Setakat ini, tiada posisi hubungan intim yang membantu untuk memperolehi jantina bayi, samada lelaki atau perempuan. Namun, dipercayai posisi pasangan wanita di atas membolehkan anda menimang cahaya mata perempuan.

4. Tiada hari paling sempurna untuk hamil. Anda sebenarnya tidak perlu menunngu tempoh evolusi. Cara terbaik adalah menjalankan hubungan intin antara 2-3 kali seminggu.

5. Pergi bercuti. Ia lebih mudah daripada melakukannya dalam keadaan tertekan disebabkan usia yang semakin meningkat.( Kaedah ini juga sesuai untuk pasangan muda).

6. Peluang untuk hamil dikatakan cerah jika anda mengadakan hubungan intim di waktu pagi. Ini adalah kerana jumlah sperma lelaki dikatakan tinggi pada waktu tersebut. Apa yang pasti, perbezaannya cukup kecil. Sebagai contoh, katakan jumlah sperma suami anda meningkat daripada 87juta pada sebelah petang kepada 88 juta pada sebelah pagi. (wow! 1juta? okey lah tu.. manalah tau, antara 1juta tu yang menjadi kan?? boleh try juga)..

Itu saja lah.. apa-apa pun 1 "PERENANG" hebat amat diperlukan untuk merealisasikan impian anda2 semua.. takkanlah dalam 88juta tu, tak ada 1 pun yang hebat kan?? 

*Tips tersebut hanya sekadar untuk dikongsi... i tak confirm pun menjadi or tak, tapi at least cuba kan? tak ada salahnya..

so, selamat mencuba u all..... 



Rabu, 22 Disember 2010

Penyebab

Akhir-akhir ini, saya sering kandas dalam menggunakan lappy.. semua kerana laki... Saya tiada chance pun mau update blog.. Tapi tidak mengapa.. Sooner or later, saya pasti akan update semula blog terchenta ini..

Rabu, 8 Disember 2010

Majlis Resepsi - 04.12.2010


Wah.. Sangat ramai orang yang buat majlis, sama date macam saya! bayangkan, di kampung Lohan saja, ada 5 majlis perkahwinan... (yang saya tahu lah.. belum termasuk yang kad jemputan tidak sampai di rumah ayah dan bonda terchenta - mesti sebut ayah dan bonda tercinta kerana kad hanya ditujukan buat mereka dan tiada 1 kad pun tulis nama saya..)

izinkan saya menyampaikan satu dua kata kerana pada hari persandingan saya tidak berpeluang melakukannya...

**
**
**

Indra Mozainie, anda telah mungkir janji! Saya sangat terkilan.. silalah ketahui...

Farah Fecca, walaupun sedih kau telah absent, tapi demi tugas kau, saya telah maafkan kerana saya pun tahu, kau mesti terkilan sebab tidak dapat datang.. <-- Rugi kau! saya sangat cantik tempoh hari. Yakin diri... haha

Faten Nadia, Thanx sebab hadir bersama yang tercinta anda, Afif Ghani.. hadiah anda berdua memang comel.. thanx.. =) sila pinjamkan saya baju yang anda pakai tempoh hari bila ada sebarang majlis yang akan saya hadiri nanti...

Nurul Ayenn, Walaupun anda teba lewat sedikit, tetapi saya amat menghargainya.. Saya sudah lama tidak ketemu dengan Puan Paniah Samichan dan dia turut sama hadir pada hari tersebut.. Thanx bebeh...

Buat semua yang hadir, terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk datang tengok saya yang cantik ini bersanding.. walaupun kalian penat kerana menghadiri beberapa lagi majlis yang lain, anda tetap datang... Doa yang anda panjatkan amatlah saya hargai... 

Okey, selesai sudah sesi menyampaikan ucapan.. kini, tiba masanya saya mengupload sekeping dua gambar kerana gambar lain belum saya terima...


**
**

 
:: bunting yang telah dicuri.. owh, pandainya..baru semalam saya kahwin,hari ini kau sudah curi benda ni.. buat apa lah curi benda nih..baik pergi curi makanan di dapur tu..kenyang lah juga.. Benda ni sebenarnya mahu dijadikan kenangan..tapi malangnya, orang lain dulu turunkan untuk kenangan.. peminat i kut... auww!! sangat gedix..

 suka sangat bulu mata tersebut walaupun berat bak mengangkat papan di mata, tetapi tetap gah kerana ingin kelihatan cantik.. haha



**
**

11am : majlis perarakan..

p/s : syasya menamakan dagu saya sebagai 'dagu RIANA', kerana kemontelan yang sama seperti dagu RIANA dalam cerita CINTA KIRANA..

apa pasal lah asyik shoot bibir mungil begitu...alahaiii
 

uhh.. my hero~~~

12.00pm : Selamat tiba selepas berarak...


 12.30 pm : Makan beradat

**
**

 7pm : majlis potong kek

oh, our flowergirls yang sangat sibuk mengalahkan mama pengantin..

Bersama family pengantin lelaki

Hiahh!! Pedang samurai untuk potong kek....

**
**
9.00pm : masa untuk beraksi setelah tetamu beransur pulang...
 


ini saja yang saya baru dapat.. bila da dapat semua nanti, saya upload lagi...

pengalaman..

:: Inilah perkara yang paling memenatkan tapi berbaloi dalam hidup :: kenapa pula penat?? gila x penat? buat persiapan,.. malam berbedak (sungguh takkan ku lupa sampai bila-bila seksanya), bangun awal pagi dan kena siram dengan air bukit yang sangat sejuk..menggigilll woo... make-up dan ready untuk berarak (dengan perut lapar kerana tidak sempat breakfast..tahanlah sampai makan beradat, pukul 12.30pm! ingat apa?perut pun da bunyi ikut paluan gong tau...)..dah lah makan beradat tu tak boleh makan banyak..pastu kena tukar baju..hah, ambil masa untuk tidur sekejap walaupun selepas makan-ahh, semua tu tidak dihiraukan lagi kerana sangat penat + tidak cukup tidur = ambil peluang..

kesimpulan : itulah pengalaman saya semasa melalui majlis perkahwinan walaupun resepsi saja.. rasanya kalau nikah pun masa itu juga, berlipat kali ganda kepenatan...buat persiapan nikah dan sebagainya pula..

Majlis ini cuma dijalankan sekali @ dua kali dalam seumur hidup (dua kali tu, maksudnya dua belah pihak lah..)
so, kenalah buat se-grand yang mampu, kerana itulah kenangan kita hingga ke akhir hayat.. ianya tidak akan berulang berkali-kali.. so, rancang dengan baik semoga mendapat hasil yang baik.. tidak perlu lokek untuk mengeluarkan belanja yang lebih.. bukan untuk orang lain.. untuk diri sendiri juga kannn?? (lainlah kalau ada yang dah berazam untuk buat berkali-kali).. tak cukup okey, buat lagi tahun depan.. haha.. jangannn...

Panjangnya kesimpulan! patutlah hero i cakap, i dah lulus jadi makcik-makcik.. mulut potpet saja.. but, its okey..

-EnD- <--amboii, sopannya! hihi, sambung nanti...

Jumaat, 3 Disember 2010

Ubat Sakit Perut cara KAMI

Baiklah... Pada malam yang sangat huru hara bertempat di rumah tercinta @Kg.Lohan ini, saya mahulah kiranya berkongsi satu amalan pelik tapi benar + sedap... (aiks, lain macam...haha)

Bukan lah pelik sangat pun, biasa saja.. buat suspen ada lahh... hihi.. Cerita dia begini.. Saya ni memang suka makan.. So, selalu lah sangat dapat sakit di bahagian perut.. Bukan bermaksud saya ni buruk perangai, makan tidak ingat dunia..bila sakit perut, banyak mulut pula.. oh, tidakkk... saya yang cantik jelita ini, tidaklah mempunyai bad habit yang sebegitu teruk-nya, hanya Tuhan saja yang tahu.. Tapi malahan, lebih buruk dari itu!! Stop and zip mulut yang berkata-kata sedemikian! (psst..nanti orang tahu lah rahsia kau,..) nevermind-lahh... Ehh, ini dah keluar tajuk... ok,ok... masuk tajuk balik...

Bila saya sakit perut, saya akan makan ubat saya, iaitu...

jeng jeng jeng......



100 PLUS, minuman isotonik... semua kenal kan, siapa dia?? kalau ada yang tidak kenal, saya sudah mencuba sedaya upaya untuk mengupload gambarnya ke blog ini tetapi semua sia-sia dan menghampakan saya.. entah kenapa, sejak sehari kebelakangan ini, saya tidak dapat meng-upload gambar gambir.. agak sedikit geram tapi tidak mengapa...

kalau rasa-rasa nak tengok juga gambar dia, silakan guna khidmat encik Google...

Okey... Cara ini juga digunakan oleh Farah Fecca (tahu, sebab dia juga yang bagitau saya petua ini) *_* thanx babe... petua anda saya gunakan sehingga detik ini - sambil minum 100plus yang belum habis tadi... hihi


p/s : siapa-siapa yang berhajat untuk try, sila lah.. tapi saya tak tahu pula, ianya sesuai untuk semua orang atau tidak.. tapi, selamat mencuba semuaa... dan saya juga tidak akan bertanggungjawab diatas apa yang berlaku selepas itu...(haits! bunyi menakutkan kan?? haha) bukan... maksud saya, manalah tahu, tiba-tiba ada yang tidak mahu jumpa doktor pula lepas ini.. sakit perut saja tengah malam, terus berlari ke 7e cari 100plus.. wah!! lepas itu, kalau angin keluar dari celah-celah yang tidak sepatutnya pun saya tidak tanggung juga! plus, terbuang dengan penuh yakin depan gf or bf pula...adess.. kalau depan husband sendiri, tak apa lah... macam yang kau selalu buat kan? NO KOMEN... sorry yangg.. hahaha