Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Khamis, 18 Oktober 2012

New Hair. Hensem x?



Last week, balik Ranau.  Irfan ada new hair style..  Dulu rambut cacak-cacak macam kulit durian. Sekarang ni....

**




**





**






**






**







**





Eh, nanti ja la letak gambar kan?  Hihihi...

Irfan, kalau masa gunting rambut sangaaatttt lahhhhhh good boy.  Duduk sana ja diam-diam sampai rambut siap dipotong.  Nasib baiklah sekarang ni zaman moden.  Mesin potong rambut pun da ada.  X perlu risau-risau terpotong cuping telinga or sumpak kan..


Irfan, makin besar ni, makin banyak peelnya.  Memang menghiburkan.  x sedar, da pandai ajuk cakap orang..  


Rambut Irfan ni, memang sangat cepatlah tumbuhnya.  Masa baru lahir hari tu pun, rambut memang lebat gila!  Padan la, masa pregnant tu perut gatal semacam.  Kalau x garu, memang x bole.  Mesti kena garu juga, x boleh tidak..  Hasilnya, stretchmark merata-rata.  Thanks kepada rambut yang lebat itu.

Da besar-besar ni, paling lama pun, sebulan sekali mesti potong rambut.  If x, jadilah style rambut durian (gelaran di taska).  

Ok, sudah. 


Ini reaksi Irfan bila kena suruh pose untuk diambil gambar. 



Malu-malu sambil berpaling.  Ecececeeeee... pandai minta puji sudah.






Sekali lagi.... 



Malu-malu sambil pejam mata pun adaa...





Malu tapi mahu ba sebenarnya kan..  pura-pura seja...






-Sekian-

Rabu, 10 Oktober 2012

Things To Do Sebelum Berkursus



Loorr, padahal kursusnya 2 minggu yang lepas.  Almaklumlah, orang busy mengalahkan menteri.  Update blog pun sebulan sekali..hihi..

Ala, kalau update selalu pun, bukannya ada orang yang baca..  Syok sendiri ja i nanti...



Okay, ini entry ibu yang akan meninggalkan anak kecil dan suami untuk berkursus (macam jauh, padahal x sampai 20km kut... hihi).  Bermalam, okay... so, haruslah sediakan checklist untuk daddy supaya tidak terumbang ambing semasa mummy berkursus.  Kalau semalam ja, ok la..  Ini 3 malam.  Inilah apa yang berlaku....

* Sediakan pakaian anak untuk ke taska selama 3 hari.


Kalau macam ni, daddy tinggal angkat masuk dalam beg Irfan ja.  Senang.  xda la barang yang tertinggal or balik-balik call mummy, apa yang perlu dibawa, barang ada kat mana, perlu bawa berapa pasang, warna apa, kena match ka x payah, dan macam-macam lagi.

Tapi, yang paling sadis, buka kabinet pakaian Irfan and sumbat semampat-mampatnya beg Irfan dengan pakaian and pampers Irfan.  Kalau masih dalam lipatan yang sempurna ok la.  Tapi kalau ambil baju yang i x lipat lagi, terus masuk dalam beg, cemana la ya???  Mesti teacher Irfan sesak nafas mengemas beg Irfan.  Mau cari pakaian pun susah.  haha




* Tidak lupa juga, sleepwear haruslah disediakan.  



paling penting, label mestilah besar gedabak, supaya daddy pandang ja terus nampak and dapat baca..  Macam ni hah...









Last-last, mummy bermalam hanya sehari.  Sebabnya, Irfan demam and malam-malam asyik pusing-pusing rumah sambil sebut "mamaa... mamaa.." 

Lepas demam on-off, maka keluarlah ulser sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Sampai kerongkong dia serang, ko...  Kesian kan... =(

Kalau gini, kena tunggu tahun depan untuk apply kursus lagi.  Masa tu, Irfan da cukup besar and boleh tidur dengan daddy tanpa mengelilingi seluruh rumah sambil "mamaaa..mamaa..."  siap ketuk pintu tandas sambil menangis lagi... Sedddeeeeehhhh kan.  Mak dia syok-syok bersembang sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawan dalam bilik penginapan malam tu..


Tak Boleh Tahan



Hari tu, beli set buku and ada sekali set lego sekotak untuk Irfan.  Bawa masuk dalam kereta.  Irfan sekarang ni x mau duduk seat belakang.  Asyiklah duduk di pangkuan mummy and duduk di 'partition' tengah antara mummy dan daddy.  

Mula-mula tu, asyik lah toleh ke belakang tengok kotak lego..  Pastu da x tahan sikit, sentuh-sentuh box lego..  Sekejap-sekejap, toleh belakang and sentuh-sentuh box lego.


10 minit kemudian......



Start gundah duduk depan.  Tiba-tiba pula dengan rela hati mau duduk di belakang.

Rupa-rupanya...



Punya lah kuat kan sampai boleh angkat box lego ni kan...










"daaaadii~~" panggil daddy sambil angkat box.  Kononnya mau kasitau yang dia kuat and dapat angkat box tu la konon.  If kena puji, senyuman sampai telinga sambil sepetkan mata.  






Okay, itu cerita di kereta.



Sampai rumah...



Oh! my son....  bersepah-sepah...



x pa la...  yang penting x tolong mummy lipat kain.  Maka, sepantas kilat lah mummy melipat semua kain-kain yang telah kerKIV selama seminggu. =.=





Jumaat, 5 Oktober 2012

Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU)



Semalam Irfan muntah-muntah dan berak-berak.  Mula-mula hantar pegi taska pun macam ada something wrong jak ma Irfan.  Ingatkan dia masih mengantuk or apa.  Rupanya memang kurang sihat.  Dalam pukul 10pagi, dapat panggilan telefon dari taska Irfan.  Teacher dia cakap, da muntah dalam 3x..  Berak pun da 3x.  Pastu cair pula.  So, plan petang lepas habis kerja tu, terus direct ke klinik.  

Dalam 2pm tu, teacher Irfan call lagi.  Muntah da lebih 6x..  Baju basahan semua da habis kotor.  Baiklah, kena pegi Hospital Likas juga ni.  Irfan kan ada sejarah INTUSSUSCEPTION, so takut la kalau sejarah mungkin berulang.


**

**


Bila masuk Hospital Likas ja, teruslah teringatkan wad tempat Irfan ditahan.  Nauzubillah, janganlah lagi berulang admit mengadmit ni..  Bila dalam wad tu, bersyukur sangat-sangat sebab dalam wad tu, masih banyak lagi baby-baby lain yang penyakitnya lebih teruk dari Irfan.  Walau sesayu mana hati dengan keadaan Irfan masa tu, tetap bersyukur bila melihat keadaan baby-baby lain.  Dengan usus diluar perut, dengan pembedahan dan macam-macam lagi.


Pengajaran terbesar dalam mengasuh anak.  Next baby , never ever ever kasi solid food before 6 month.  Kalau boleh, mau kasi masa umur baby 6 bulan 2 minggu lagi.  Mau nda trauma masa Irfan masuk PICU tu.


Sekarang pun, masih lagi dalam langkah berjaga-jaga sebab masih boleh berlaku sehingga anak berusia 3 tahun.  Tapi jangan silap, anak yang tiada sejarah intussusception pun boleh kena.  So, pantaulah anak-anak kita sebab kita pun x tau kan dia makan cmana..  If 24 jam sama-sama bolehlah..  Tp kalau bekerja ni, susah sikit.  Bukan itu saja.  Anak-anak ni, makin membesar makin bijak.  Pandai tu tapuk-tapuk makan makanan yang tidak sepatutnya.