Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 29 Jun 2011

Peristiwa Israk & Mikraj


Hari ni adalah hari memperingati Peristiwa Israk & Mikraj kan... Sama-sama lah kita beramal pada hari ini.. Hehe.. Bukanlah maksudnya hari-hari lain tak perlu beramal, cuma hari ni tingkatkan sikit.. =)

Ini ada cerita tentang peristiwa Israk & Mikraj.. Malas nak taip, sila klik link di bawah..



Selamat beramal....


Breastfeeding



Kan bagus kalau baby saya nanti pun setembam ini.. Gerammm....



Ini lah kejadian baby yang di-fully breastfeeding.. Masa ni, umur dia baru 4 bulan.. Ntah berat berapa pulak.. Lemak ada di merata-rata sekitar badan dia.. Paling saya tidak tahan, ada lemak di pinggang.. Lembut2.. Best betul bila dicubit...  Peha dia pun sikit sama besar macam peha si Syasya tu.. haha..

So, kalau mau anak comel n gebus macam ni, sila breastfeedingkan dia dengan eksklusif selama 6 bulan sekurang-kurangnya.. Plus, tidurkan selama 18jam sehari.. whoaaa??? hahaha...





Adab Menyambut Kelahiran Bayi



Salam all.. Ini adalah salah satu tajuk besar dalam buku Panduan Kehamilan yang mama saya bagi hari tu... Iya lah... kata sharing is caring kan....

Antara yang akan di-share pada entry ini adalah :

1) Ucapan Tahniah
2) Azan dan Qamat
3) Tahnik atau Belah Mulut
4) MENCUKUR RAMBUT


**

DISUNATKAN MENGUCAPKAN TAHNIAH

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabatnya yang baru memperolehi cahaya mata.. Amalan ni boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan..


**

DISUNATKAN AZAN DAN QAMAT

Sebelum baca buku ni, saya ada dengar orang cakap "kalau bayi lelaki, Azankan.. Kalau bayi perempuan, Qamatkan" .. Tapi, apa yang saya baca dalam buku tersebut adalah seperti berikut :

....... Azankan di telinga kanan dan qamatkan di telinga kiri sebaik menyambut kelahiran bayi...

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan."
 (Riwayat Al-Baihaqi)

Disunatkan juga dibaca doa pada telinga kanan bayi, yang bermaksud :

"Bahawasannya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah untuk anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan"

HIKMAH MELAUNGKAN AZAN DAN QAMAT
* Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan - laungan azan dapat menghindarkan syaitan daripada bayi tersebut.
* Azan merupakan laungan dan seruan kepada Allah, agama-Nya dan beribadah kepada-Nya. Dengan itu, jika didahului dengan laungan ini maka akan mendahului laungan syaitan.


**

MELAKUKAN TAHNIK ATAU BELAH MULUT

- Meletakkan sedikit isi kurma di atas jari telunjuk dan dimasukkan kedalam mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri mulut bayi.

- Selain isi buah kurma, boleh juga menggunakan sebarang manisan seperti madu dan gula.

- Lebih afdal jika diserahkan kepada mereka yang takwa / warak dan soleh sempena dengan ketakwaan dan sifat soleh mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a katanya :

"Telah dikurniakan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku."

Dari apa yang difahamkan, amalan tahnik ini mampu menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.


**

MENCUKUR RAMBUT

- Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.
- Disunatkan : menimbang rambut bayi yang telah dicukur, dan bersedekah dengan emas / perak seberat timbangan rambut tersebut, JIKA BERKEMAMPUAN

HIKMAH MENCUKUR RAMBUT BAYI

- Mampu menguatkan tenaga pertumbuhannya.
- Menghilangkan selaput kulit kepala (Sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala)
- Memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Walaupun disunatkan mencukur rambut bayi, tapi amat ditegah untuk melakukan 'QAZA', iaitu mencukur sebahagian rambut bayi dan meninggalkan sebahagian yang lain..

Maksudnya, kalau mahu cukur, cukur semua rambut bayi sampai botak licin.. hehe

4 Jenis QAZA :

a) Mencukur sebahagian kepalanya dan meninggalkan sebahagian yang lain.

b) Mencukur bahagian tengah kepalanya dan meninggalkan bahagian yang tepi.

c) Mencukur bahagian tepi dan meninggalkan di bahagian tengahnya.

d) Mencukur bahagian hadapan dan meninggalkan di bahagian belakangnya. Begitu juga sebaliknya.

Hikmah Larangan QAZA :

- Menunjukkan sifat keadilan. Berlaku adil-lah walaupun keatas diri sendiri.
- Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan yang separuhnya adalah perbuatan yang zalim kepada kepala kerana menyebabkan sebahagian kepala ditutup dengan rambut, manakala sebahagian lagi terdedah..

Samalah macam sebelah kaki memakai selipar manakala sebelah lagi tidak.. Zalim la tu kan terhadap kaki yang sebelah lagi.. Kesian....



Okey, setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada entry kali ini...



Hadiah Seorang Ibu Kepada Bakal Ibu


Buku yang banyak memberi panduan serta ilmu kepada saya.. =)

Buku ini dihadiahkan oleh mama saya.. Thanks ma.. Buku ini banyak membantu..


Nanti saya share sedikit sebanyak isi buku ni.. Tapi, kalau mau beli sendiri pun okey juga.. Cari di kedai buku berhampiran yaa...





Isnin, 27 Jun 2011

Week 36




 
Minggu lepas, kandungan masuk bulan yang ke-9 (minggu ke 36).. huhu.. sikit masa lagi.. kurang dari 1 bulan, baby akan keluar.. Insyallah..

Baby punya milestone ::

**
Berat sudah mencapai 2.5kg (on 36 minggu).. berat ka ringan, i have no idea.. Tapi, tengok di laman web baby centre, baby selalunya mencapai berat 2.7kg sudah on this week.. ala, 2.5kgs pun anggaran seja.. belum tentu tepat..

**
pergerakan semakin kurang.. Sebabnya, ruang dia semakin sempit.. Sekali bergerak.. Ades! Macam mau bocor seja perut saya.. Sekejap siku.. Sekejap lutut.. Paling tidak tahan, punggung dia.. Sudahlah menghimpit perasaan di dada.. Bikin sesak nafas.. Lagipun, mungkin faktor saya jarang makan manis kan, itu lah dia pun kurang aktif di dalam sana..

**
Semakin peka terhadap persekitaran.. Contohnya, masa saya masak.. Kan, dia ngam-ngam seja depan tempat masak tu.. Pandai kepanasan and di sanalah dia macam cacing kepanasan.. Tidak pandai diam.. Satu lagi, kalau terdedah kepada cahaya.. Berkelip-kelip mata dia menahan sinaran UV (barangkali la..) hehe

**

Berat baby jadi 2.67kg (36 minggu 4 hari).. bayangkan, baru 4 hari, dia sudah gain mau dekat 200gm.. wahh.. Saya target, berat baby nanti lahir, paling berat pun 3.2kgs sahaja.. Lagi ringan, lagi bagus.. Senang kerja saya.. hihi..

Saya pula...

**
Sakit di area tulang rusuk semakin menjadi-jadi.. Terutamanya sebelah kanan..

**
Sekarang, selalu sudah sakit di area bawah perut dekat tuttt tu.. Pedih! Pandai datang-datang tapi sekejap saja.. Macam kena cucuk woo.. Time berdiri pun macam mau jatuh.. Bayangkan..

**
Admit di Hospital Likas masa kandungan mencecah 36 minggu + 4 hari.. Semua gara-gara bleeding in LOVE..

**
Lepas discharge dari hospital on minggu 36 + 5 hari, perut sudah mula mengeras.. Tempoh masa, lama lah juga, tapi dalam 2 kali sehari seja.. Mungkin itu petanda PALSU yang tempoh melahirkan sudah hampir..

**

 



Ibu-ibu Hamil


Hari tu, sementara tunggu Encik Jarip habis keja saya pegi 1 kedai buku yang berhampiran.. Saja, buang masa.. Padahal baca buku secara percuma.. Tidak perlu beli.. Dasar kedekut! haha...

And then.. Ada 1 artikel saya baca di buku khas untuk ibu mengandung.. Tajuk besar : KETAKUTAN IBU BOLEH MEMPENGARUHI BAYI DALAM KANDUNGAN


Saya pun baru tau ni.. Apa yang saya baca di artiket tu, ibu-ibu hamil tidak digalakkan untuk risau yang keterlaluan terhadap kandungan.. Buat macam biasa.. Kita memang perlu risau tapi yangan over risau.. Sebabnya, bila kita risau, ada link sama baby.. Then, yang paling dikhuatiri, BABY AKAN JADI PENAKUT / PERISAU bila dia sudah keluar nanti.. Nahh!! kamu mau nanti baby kamu tu penakut?? So, jangan dedahkan dengan ketakutan dan kerisauan yang melampau, sejak dia masih di alam rahim..

Setakat ni, Alhamdulillah.. Sebab saya boleh kategorikan diri saya sebagai ibu hamil yang tidak begitu perisau.. Memanglah risau, tapi bertempat... Itu pun, sikit-sikit seja.. Sebab saya tau, baby saya ni baikk.. Tidak pernah merisaukan saya KECUALI setiap hari Jumaat menjelma.. kan baby????


Admit Lagi! Friday, oh Friday...


My baby ni memang sangat suka buat hal on Friday...
Last Friday, i admit lagi di Hospital Likas.. Adess.. Problem yang sama, bleeding in love.. =)

Last 2 week, admit on Friday juga.. 2 weeks after, admit lagi... On Friday.. Ntah-ntah, lagi 2 minggu on Friday, selamat melahirkan sudah.. hihi..

My collegue cakap, "your baby ni memang suka sangat sama hari Jumaat kan?? Nanti sudah lahir, kasi dia nick name FRIDAY lah.. hahaha... betul juga tu.. kasi a.k.a FRIDAY..





Isnin, 20 Jun 2011

- Homework -

Apa, u all ingat bila da nak jadi mak budak ni tak de homework???

Ehh.. silap besar, okey.... Tengok ni... Saya da nak jadi mak budak tapi masih ada homework.. Mengalahkan budak sekolah lagi, homework setiap hari..


Alamak.. Tak berapa nak terang...


Haa... Ni yang terang punya... Mula-mula tu, memang larat lah bawa buku tu kehulu kehilir.. Da seminggu, buku tinggal dalam kereta.. Buat dalam kertas je.. Pastu naik keta, tick pula and ingat jam last 10 gerakan baby...

3 minggu lepas tu, buku kemana, kertas kemana.. Bila ternampak buku dalam kereta, baru terhegeh-hegeh tick tempat kosong tu.. Kadang-kadang, sampai 5 hari tak berisi.. Pastu, masa tamat tu, agak-agak je.. Haha..

Sekarang, lagi lah mak malas... Kalau da nak dekat pegi appoinment di klinik tu, gelabah tick masa gerakan baby... Sebab apa?? Karang nurse tu check, mau kena marah?? Haha..

Sorrylah baby... Mummy baby ni ada malas sikit.. Tapi mummy tau, baby baik kan?? Baby mesti buat gerakan solo lebih dari 10 kali dalam masa 10 jam sehari kan?? =) hihi...





Dinner


Semalam adalah malam yang paling relaks untuk saya.. Sebabnya, Encik Jarip dengan rela hati mau sediakan dinner.. Saya pun, bukan main happy lagi.. Di fikiran, terlintas makanan-makanan yang heaven.. Ayam goreng or bakar or masak lada hitam... Sup kaki ayam... sambal tuhau.... perghhh!!


**

**

**

Okey!! Dinner da siap.....





Nah, ambek mu... Ayam bakar la... masak black pepper la.. sup kaki ayam la.. sekali, western daaa... Da la 3 tingkat.. Da la bukaan mulut tak berapa nak luas.. Hampeh!

Kata nak diet.. Tapi dalam tu da la cheese sosej 2 batang, pastu letak 3 keping cheesedale, sebiji telur.. sos thousand island lagik... fuhh~~ memang sangat diet!!

Thanks Encik Jarip diatas dinner yang sedap tersebut.. Memang sedap! Next time, bagi i 4 lapis la pulak.. =) 





Jumaat, 17 Jun 2011

Malaysia, negara demokrasi


Tajuk entry, da nampak macam nak berhujah panjang.. Memang pun.. Sila pegi exercise badan sebelum baca entry ni sampai habis.. Takut nanti, ada pulak yang keras depan pc or laptop... hihi..


Lately ni, saya tidak rasa pun Malaysia ni sebuah negara demokrasi.. Dengan perangai sesetengah rakyat dia yang macam tinggal di negara Hitler, memang jauh la demokrasi tu... Orang bagi pendapat ni, salah.. Pendapat itu, salah.. Hey, kamon bebeh.. pendapat je pun.. Bukan ada mention 100% yang pendapat itu ditujukan buat you...

Okey, sebelum apa-apa, saya ulang lagi, MALAYSIA ni, sebuah negara demokrasi..MALAYSIA yaa.. Bukan oversea.. Semua orang di negara ni boleh utarakan pendapat mereka dengan bebas.. Tanpa sekatan! KECUALI yang boleh menggugat keselamatan negara.. Alaa, apalah sangat pendapat yang kita boleh bagi sampai boleh menggugat keselamatan negara kan??

Ala.. Suatu pendapat yang diutarakan tu belum tentu semua orang suka or setuju kan?? Itu lah namanya PENDAPAT.. Seumur hidup saya, belum pernah ada pendapat yang semua orang suka.. Ada lah, tapi yang lain tu paksa rela suka.. So, sama juga lah kan tidak suka??

SITUASI 1 :

Bercakap mengenai sebuah tempat.. Contoh ye.. CONTOH...

Lelaki A  :   Eh, kau tau x, AKU RASA LAH KAN, muda mudi yang tinggal di kampung BlaBla tu kan, teruk gile ar! Perangai mengalahkan setan

Lelaki  B :  A'ah la.. Aku pun rasa gitu..

Isteri Lelaki A :  Ehh.. tak jugak la.. ada yang okey apa.. Imam Muda musim ke 10 dari sana tau..

That is pendapat.. Ada yang sokong, ada yang bantah...




SITUASI 2


Membeli belah... Contoh ye, CONTOH...

Perempuan A  :  I suka beli barang branded and luar negara.. Sebab bagi i, barang branded punya kualiti yang sangat the best...

Perempuan B  :  I tak.. I akan beli barang ikut minat.. Kalau i minat barang tu, tak kira la branded ke bundle ke, second hand ke, night market ke..i akan beli.. Bagi i, cukup sekadar i suka.. Itu da beri i kepuasan...

Tetiba ada perempuan C..

Perempuan C  :  Hey Perempuan B.. U nak tau, I suke barang yang branded ni.. Sebab bagi i, kelass la pakai barang branded-branded ni.. Kau mampu??? Tak kan?? Itu yang u cakap macam tu.. Sekadar kepuasan je tak cukup kalau tak kelass tau... I mana boleh kalah dengan Datin Y yang pakai barang2 super branded tu...

Tetiba saya masuk lak...

Saya  :  Saya suka jugak barang yang branded ni.. tapi tak mampu...

SEDEH kan?? hahaha


SITUASI 3

Baju

A  :  Eii.. teruk betul lah Kedai * tu... Harga punyalah mahal.. Tapi baju tak cantik! outdated! Tak sesuai dengan kita...

B  :  Ala, tak jugak.. I rasa dress yang ni cantik.. I berkenan.. Ramai juga yang pakai..

A  :  Ala, u ni.. taste macam MAKCIK-MAKCIK.. pleaseeeee la! Jom cari tempat lain...

B dengan muka sedeh pegi lah kedai lain...

NOTE : Sebenarnya, lain orang, lain pendapat dan taste... So, kita bebas nak pilih apa yang kita suka... Kalau da suka style cam makcik2.. Suka hati dia lah nak pakai kan?? Pastu orang lain pun, suka hati lah cakap apa.. Lagipun, bukan dia sorang je pakai style makciks.. Ramai lagi.. So, kalau orang lain cakap secara menyeluruh tu, tak payah lah nak marah2 or melenting.. Bukan orang tu cakap "SEMUA YANG PAKAI FESYEN MACAM NI MACAM THE MAKCIKS"..

Ada orang yang pakai fesyen serupa, tapi nampak super vogue kan?? Sebagai contoh.. Fesyen tudung HANA TAJIMA tu.. Tak semua orang boleh carry tau.. Even i pun akan nampak macam THE MAKCIKS kalau pakai tudung style tu..  Hah.. Da nampak?? Nampak kan?? DEMOKRASI.. (eleh.. dari tadi demokrasi.. ngong!)



SITUASI 4


 Alamak.. Da takde idea la... Nak sambung tapi keje melambak... Tolongg...

Nanti i sambung kalau keje da siap.. PLUS kalau i rasa nak sambung lah entry ni.. hihi




P/S  : SEMUA SITUASI TERSEBUT TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG SUDAH INALILLAH... BAGI YANG TINGGAL DI NEGARA DEMOKRASI INI, TERIMALAH SEMUA SITUASI TERSEBUT SEBAGAI P.E.N.D.A.P.A.T DAN BUKAN SAJA-SAJA MAHU MENYAKITKAN HATI SESAMA KITA, MELAINKAN KAMU DENGAN RELA HATI MENYAKITKAN HATI SENDIRI DAN SENTAP SORANG-SORANG.. WELL, NEGARA DEMOKRASI.. HIHI.. BELAJAR TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN DAN FIKIRKAN LOGIKNYA.. KADANG-KADANG, KITA TIDAK TERFIKIR APA YANG ORANG LAIN FIKIRKAN..

FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT HARI JUMAAT YOU ALL..

^_______^





Marilyn Monroe..



**

**

**

**

**

**

**

**

**

**



Hah.. Budak kecik Maya ni ada.. KAU ADA??? Haha... Marilyn Monroe pun kalah..

Siap pegang kontena makanan lagi.. Kalau pasal makanan, memang sure lah jangan dilepaskan.. Cuba bagi barang lain, haram tinggal di tepi jalan.. haha..




Khamis, 16 Jun 2011

Tulang Rusuk

Lately, tulang rusuk sebelah kiri saya selalu berada dalam keadaan yang tidak selesa... Sakit?? Ada la sikit tapi more to tidak selesa.. Kenapa ar?? Saya pun kurang pasti... Mungkin akibat salah tidur?? atau baby yang sudah makin membesar, maka tulang rusuk sedikit mengembang?? atau terlalu banyak duduk kah?? Entah la... Cari di google pun tidak jumpa penyebabnya.. Ada siapa yang tau, boleh lah share...


Sebenarnya, memikirkan yang lagi 2 minggu, saya akan bercuti panjang, semua ketidakselesaan dan sakit hilang begitu saja! hihi... bestnya bercuti... Syasya pun pandai complaint sudah.. "Kenapa asal kakak balik, mesti 1 hari saja??" Bagus la tu saya balik.. dari tidak lansung.. Nah, perut siapa lagi yang kau mau kacau nanti??


Hari ni, masuk hari kedua saya berpuasa ganti.. Ngeri betul bila difikir yang tahun ni saya bakal tidak berpuasa ramadhan walau sehari pun! Tahun depan menggantinya lagi siksa.... Oh.. Fidiyah lah jawabnya.. =)


Baby saya sangat sporting kerana memahami yang mummynya kena berpuasa ganti.. Tidak meragam sangat sepanjang hari, kecuali waktu malam.. Asyik mengunyah barangkali?.. hihi



Rabu, 8 Jun 2011

Kung Fu Panda 2



Keesokan hari selepas saya discharge tu, saya keluar pegi jalan-jalan lagi.. Alasan, boring di rumah.. Eh, betul lah boring.. Boleh sakit tulang belakang tau.. haha..

Rehat?? dah rehat pun di wad hari tu.. Mendapat rehat yang sangat mencukupi.. Cukup untuk tenaga 2 minggu lagi.. Ya la.. di wad tu bukan buat apa-apa.. Baring, duduk, pandang kiri kanan, tidur and bercerita dengan kawan katil sebelah.. Itu seja lah rutin saya.. Sangat rehat kan?? Plus di wad tu, tv tidak disediakan.. Atas alasan, supaya patient dapat rehat dengan relax.. wah, kau... Tidakkah rehat namanya tu?? hehe


Okey, di atas tu adalah karangan yang lari tajuk.. So, abaikan...


Semalam, ingat mau pegi Gaya Street seja, beli ikan and kura-kura.. Sampai sana, Encik Jarip cakap, kura-kura tidak payah beli.. Susah mau hidup / mau jaga... So, pilih ikan seja.. Saya pula tau, Encik Jarip ni, kalau kita cakap beli ikan, ikan seja yang dia cari... Lepas dapat, OK BALIK.. So, saya gunakan taktik saya..

Lepas jumpa ikan, cakap "Eh, tengok depan lagi.. manatau jumpa yang murah dan cantik".. Itulah dialog seterusnya sampai hujung Gaya Street tu.. Tiba-tiba En. Jarip cakap "Eh, mari pegi Wisma.. Dekat sudah.. Mau minum YOYO" saya pun on seja...

Di Wisma, saya cakap "Eh, Kung Fu Panda 2 rate tinggi wo sekarang.. Mesti best kan?? Mari tengok? Suria dekat ja.. Sebelah ja.. Sana nanti kita beli YOYO.." wah, masuk jerat.. "Okey!"

Sambung bejalan kaki sampai Suria.. Bayangkan dalam perjalanan tu, berapa kali saya cari toilet?? Sikit-sikit mau tkencing..

So, sampai Suria nasib baik masih banyak yang kosong for the next show..


Memang best + Kelakar lah cerita nih...

Itu lah style saya berehat di hujung minggu.. Ada style kan?? hihihi




Badan perempuan berbaju putih itu sudah seperti Panda di atas.. ^__^






Selasa, 7 Jun 2011

Week 33

Minggu ke 33 pregnant ni, minggu yang saya rasa 'oh, saya pregnant!' gitu..

Sebab apa?? perut start sakit-sakit sudah sebab baby sudah mula pandai menegang or mengeras di dalam sana... Adusss, sakitttt.. Memang sakit time dia mengeras tu.. Tanya mama, dia cakap, memang gitu.. Tahan saja.. Unless, dia tidak bergerak lansung, itu baru luar biasa and cepat-cepat pegi jumpa doktor.. Tapi, selagi dia mengeras, bergerak or menari-nari di dalam, itu still normal lagi...
 So, tiada apa yang perlu di-worry-kan..  =)

Rasanya, tulang baby sudah makin keras and kenapa macam panjang betul baby ni?? sampai saya bernafas pun susah sebab memang full se-full full-nya lah perut ni.. dari bawah, sampai ke atas perut (bawah breast) tu, memang badan dia seja..

Sekarang, nafsu makan semakin berkurang.. Tapi, cuba jumpa jenis-jenis bun or bread.. Selagi belum habis, selagi tu la saya menghadap makanan2 tersebut..

Ice cream & minuman ais.. memang menjadi pujaan hatikuuu dan si baby.. =) hee

Allergic - dah stop.. harap-harap janganlah cuma seketika yaa... Kalau da stop tu, please lah stop terus..

Saya sering kekurangan nafas sekarang ni.. kenapa ya?? Sometimes, Encik Jarip cakap " jangan lah mengeluh.. tidak baik mengeluh" sebenarnya saya bukan mengeluh.. saya mencuri nafas sebanyak yang boleh tapi kedengaran seperti mengeluh.. Orang tarik nafas dalam2 and hembus seja pun... Lepas saya explain, dia pun faham.. And ajar sikit-sikit camana caranya supaya oksigen tu sampai kat otak.. <-- katanya.. =)














Isnin, 6 Jun 2011

Bleeding

Eceh.. macam nyanyi lagu Leona Lewis kan..

I keep bleeding
Keep bleeding In Love...

Haha..

Bukan apa.. Jumaat lepas (03.06.2011) saya buat pertama kalinya naik Ambulans.. Wah, bangga la?? Sebabnya.. Tajuk entry di atas lah..

Time di office, call Encik Jarip,bagitau dia yang saya bleeding for the 2nd time.. 1st time, hari Khamis.. Dia pun, apa lagi.. drive macam pelesit, hantar pegi Unit Kecemasan di Hospital Queen Elizabeth 1.. Maklumlah.. Hanya hospital itu yang terdekat..


Menyempat ambik gambar dalam ambulans... Ini kes kecemasan ka?? Siap boleh tahan senyum lagi..
Ohh.. dripping itu paling tidak best! Rimas...

Perut mak macam perut orang tak pregnant kan?? Masa baring la.. Cuba kalau duduk or berdiri.. Macam mengandung 12 bulan gamaknya..haha


Malangnya, pegi HQE pun, tetap kena hantar pegi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.. Dengan menaiki Ambulans, okey.. Kereta sendiri tidak dibenarkan!

Time pemeriksaan itu yang paling sandi! Sakit, okey! Lepas tu, on the spot masuk wad.. Tidak pasal-pasal jadi Lady in Pink dalam masa 2 hari.. haha..



Benda ni yang buat saya susah tidur and rimas serimas rimasnya.. Bergerak susah, tak bergerak pun susah..




Diorang letak ni kat sebelah katil mak... Apa ingat mak da nak deliver??? Ehh.. Lek lu...





Haa.. Ini semua pengajaran, okey.. Kalau da pregnant tu, buat cara mak buyung.. Ini, da tau pregnant tapi perangai macam orang tak pregnant... Bleeding tu disebabkan oleh pergerakan yang banyak dan rehat yang sikit.. SO...

Doktor pesan :

* Banyakkan berehat
* Kurangkan berjalan


 Yang kau, orang lain hujung minggu tu waktu rehat, kau pula hujung minggu tu heavennn~~ dapat pegi jalan-jalan window shopping lah.. Jogging naik tangga lah... Kesian baby, kan baby....


Saya discharge pada keesokan harinya.. Hari Sabtu.. Kan okey kalau admit on Thursday and discharge on Friday.. Banyak sikit waktu 'REHAT'.... hahaha



 



Khamis, 2 Jun 2011

Jakun


Sekali lagi, tajuk ditujukan buat saya sendiri...


Entry ni berkaitan dengan entry Ketinggalan Zaman.


Of course lah jakun, kalau selama kau hidup, baru sekali kau tengok wayang 3D.. jakun kan?? kan??

Semua ni disebabkan ke-pregnant-an saya dan tidak dibenarkan oleh sang husband untuk menjejakkan kaki ke sana.. <--kesiann~~

Ini lah kejadiannya....


Tadaa~~~
 
 
 
Perasan ka? Ada gambar perut memboyot disitu.. =) hee


Sekali lagi..




Itu sajalah kejakunan kami untuk kali ini..

Sekian..



M.A.Y.A = Mia Part 2

Budak ini sudah semakin membesar... Kalau suruh dia pulang rumah, dia akan balas

"TIAMAU PULANGGGGG"

Kalau suruh mandi,


"TIAMAU MANDIIIII"


Kalau marah,

"SA' TU!!!!" yang bermaksud "BIASA BETUL!" atau

"DIAM!!" <-- baguslah kau jawab begini..

Muka dia akan jadi begini, setiap kali saya balik Ranau..


Taken by dirinya sendiri.. Habis kotor handphone saya!


Makan bread + chocolate.. Tapi, tengok lah kejadian bread tu.. tengah habis sebab coklat.. yang sikit coklat, jangan harap dia makan.. just jilat-jilat seja, pastu terus buang.. BERTUAH kan??

Makan cupcakes pun gitu juga.. Yang manis-manis memang licin.. Tapi bab kek tu, tong sampahlah jawabnya...


Begini seja la senyuman paling menawan yang dia boleh bagi.. Orang suruh senyum, dia buat muka gini pula...


".... enyummm~~~"





-Tamat Episod 2-



Bundle

Wah.. tersangat lama sudah saya tidak ke tamu.. Tujuan?? Bundle lah..

Hari tu, balik Ranau and pegi pasar malam.. time tu lah paling heaven kalau mencari barang-barang di bundle ni...

Punyalah heaven kan kau cari baju RM1 Syasya..


Dia lagi..
 
 
 
Saya pun turut serta mencari pakaian yang cantik dan murah.. =)



Tadaa~~ Ni baju baru tau.. Ada tagging lagi.. Comel. Tapi, disebabkan color biru camni, reject terus..



Tidak perlu lah trip kena candid! Itu bibir paling mahal.




Time on the way balik tu, kami jumpa ini :






4 wheel yang kontot dengan tulisan merah di belakang kereta yang berbunyi begini


"PINDIK PINDIK TAGAP"


haha.. kereta siapa la ni.. memang betul pendek dan tegap.. =)






Sekali lagi, kereta pujaan hati Syasya.. Hahaha


Rabu, 1 Jun 2011

Pemenang Unduk Ngadau 2011


Cuti yang selama 4 hari da habis.. Sekarang masa untuk bekerja pula...

Hari tu kan, ada perayaan Tadau Kaamatan.. So, Kaamatan tu tidak lengkap tanpa Unduk Ngadau..

Saya ada listkan senarai pesarta Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah 2011 ni pada entry yang lepas-lepas.. di SINI

So, pesta Kaamatan da habis, here are the winner.. =)


Unduk Ngadau 2011 Winner - Bo Tiza Arthur S. Disimon from Penampang district.


 
Top (from left):


1st Runner Up - Jovenea Jim Lajim (Tamparuli),

2nd Runner Up - Caroline Anthony (Tuaran),

3rd Runner Up - Sophie Angela Kutam (Ranau).

Below (from left):

4th Place - Rachel M. Alliun (Kota Kinabalu),

5th Place - Alvera Raymond Kisil (Sandakan),

6th Place - Adeline Joyce Masidah (Likas)
 
 
Kenapa mesti Penampang?? Selalu Penampang seja.. Tapi, mungkin ada kriteria lain yang jugdes tengok.. By the way, congratulation to the winner and the runner-ups..
 
Kamu semua memang cantik! =)
 
 
p/s : Pic Source = Borneo Herald
 


Week 32


Aarghh... Tension.. Alahan macam datang balik.. Itulah kau.. Makan sotong kangkung tidak ingat dunia.. Kepada En. Jarip sayang, janganlah bawa saya pegi makan sedap-sedap... Nanti anda juga yang susah menyapu ubat setiap malam sebelum tidur plus membebel sebab saya tidak tahan gatal.. (Salahkan orang lain lah pulak.. Yang kau x kontrol makan tu kenapa??) Aduss....

Milestone :

Baby pula, kurang aktif sejak akhir-akhir ni.. Mungkin ruangan dia sudah semakin sempit.. Mau berkungfu pun sedang-sedang saja.. Tapi sekali dia bergerak, sediakan diri untuk ke tandas.. on the spot mau tekencing.. Lambat sikit cari toilet, siap...

Baby suka menyelit di tepi-tepi.. Macam di tulang rusuk, di atas perut.. tidak lah juga sakit tapi ada rasa sikit tidak selesa.. Mau lagi masa tidur.. Mengiring ke kiri, dia pun ikut pegi kiri.. Mengiring ke kanan, dia pun ke kanan juga.. Kalau lepas menyelit tu, dia diam-diam tidak apa lah juga.. ini, sudah lah menyelit, sana juga dia bemain..

Dats why la.. sekarang, susah mau tidur.. Siang, dia diam.. Malam and masa mau tidur tu, sana lah dia sibuk bemain lah.. lapar lah.. (padahal saya yang lapar) haha... Bangun berkali-kali dalam 1 malam... Kadang-kadang tu, 4 am baru dapat tidur dengan nyenyak.. berapa jam sangat lah dapat tidur kan... Tapi, MUMMY tak kesahh... =)

Masa buat homework yang nurse tu bagi pula, after 4 pm seja kalau belum cukup 10 kali pergerakan baby, saya akan mula rasa risau.. serisau-risaunya.. Lepas tu, mula lah saya pegi goyang-goyang perut, tepuk-tepuk perut sampai dia bergerak.. weh, takut tau... padahal baru 8/12 jam.. haha

Noted that baby saya sangat aktif kalau kena tepuk-tepuk.. Try lah tepuk, dia akan tendang sekuat hati.. Everytime saya tepuk, itu lah respon yang saya dapat dari dia... Saya pun tidak sure, tendangan suka ka, ataupun tidak.. tapi dari tendangan padu tersebut, macam dia tidak suka... ahaha




Ketinggalan Zaman

Tajuk entry ditujukan buat diri sendiri...

Sebab apa?? Meh scroll bawah...


Best gilaa....



Inilah padahnya bila sejak mula preggy, tidak dapat tengok wayang (tidak dibenarkan pun sebenarnya...) Ini 1st time masa mengandung saya tengok wayang.. bayangkan, 8 bulan tidak tengok wayang.. tidakkah ketinggalan zaman namanya tu?? Plus, jakun sebab 1st time tengok wayang 3D.. Dalam panggung tu, rasanya saya saturang seja yang bising plus bersilat sikit-sikit.. memang kau JAKUN kan Nad?? haha

Sebab apa pula bila dah 8 bulan ni dapat tengok wayang?? Sebabnya, nasib baik Encik Jarip teringin sangat tengok Pirates Of The Carribean tu.. Kalau tidak, sampai habis pantang pun belum tentu dapat jejak panggung wayang..

Saya senang seja.. Kalau abang sayang tengok wayang, kena bawa saya juga.. by hook or by crook... Itu yang finally dapat jejak panggung wayang juga tu...  =)

Alasan dia TIDAK BOLEH tengok wayang time preggy dulu = nanti baby balik-balik tekejut and nanti baby sakit telinga sebab sound yang maha kuat...

Alasan dia BOLEH TENGOK wayang tempoh hari = baby dah besar... Apakah??? Oh.. Whatever.. Yang penting dapat tengok POTC.. Best, best!


 
p/s : Sayang, lepas ni kita tengok Kungfu Panda 2 pula ya... =p


Excited!

Saya memang excited untuk menyambut orang baru... hee =p

Apa? Mau bukti jugak?? Scroll sikit....



1st trip... 2nd trip coming soon.. hehe


Banyaknya stuff berwarna hijau.. Mommy green in the making ni.. Tinggal cloth diapers lagi belum ada..
Sangat minat warna yang terang-terang ni sekarang.. En. Jarip tidak mau banyak stuff yang terang-terang.. Tidak sesuai untuk newborn katanya.....


 
Awal-awal sudah cuci baju and keperluan baby.. Sebab, saya tanya orang yang lebih berpengalaman, seawal 7 bulan kandungan sudah diorang cuci... Saya kira lambat sudah ni.. 8 bulan baru kasi sedia-sedia semua.. Masuk dalam beg baby.. Mau kasi masuk di kereta tapi nanti En. Jarip kasi naik pegi rumah lagi pula.. Semak katanya...

Sediakan barang awal-awal ni bagus juga sebab bila kita sudah sediakan, boleh nampak disitu apa yang kurang... Bila macam ni, saya sudah listkan mau dekat 10 item juga barang-barang yang tidak cukup.. En. Jarip, you watch out!! ahaha...


Kecurian

Setelah sekian lama bercuti, 1st day masuk office, sudah ada berita yang soi.. Pejabat dimasuki pencuri LAGI!! Hari tu, handset saya jadi mangsa.. Sekarang, drawer hak milik kerajaan pula jadi mangsa... Semua drawer yang berkunci, semua rosak and kena pecah.. Nasib baik drawer saya memang rosak, jadi tiada apa benda yang penting disimpan dalam drawer ni...

Ada officemate tu, handset dia pula yang hilang.. letak dalam drawer berkunci, memang pencuri tu aim lah kan...

Tapi, tiada tanda pecah masuk pun... Sebab, memang susah masuk office ni dari pintu depan dan belakang.. Sebabnya, office kitorang pakai access card.. So, apa cer???

Mungkinkah.....

1)  Kelalaian orang terakhir yang keluar dari pejabat ni, dia tidak periksa betul-betul masih ada orang di dalam ka or sebaliknya (pernah ada kes, pencuri tu masuk sebelum office hour berakhir.. Dia bertapuk di tempat yang jarang orang masuk like meeting room, etc.. Pastu, memulakan modus operandinya pada sebelah malam... sempat tidur dalam office lagi tu.. pekena secawan kopi di pantri.. adess!!)

2)  Orang dalam??????

3) Bangunan yang tidak secure???

owh.. wallahualam.. Hanya DIA yang mengetahui yang sebenar-benarnya.. semoga pencuri itu mendapat bahagian yang setimpal untuknya...

Sangat malang baginya untuk mencuri di pejabat kami kerana tidak banyak pendapatan.. dalam petty cash box pun ada cuma RM8.00 sahaja! ahhaha... sudah pun digunakan pada hari Jumaat yang lepas... Nasib badan la... =)