Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 11 Mei 2011

Contest : I Love Myself...


Okey all.. Ini 3rd contest daripada Safiyah Osman.


Syarat-syarat penyertaan :

* Menjadi follower kepada blog beliau - sudah!

* Menyertakan gambar yang paling disukai - scroll bawah

* Banner contest hendaklah diletakkan dalam entry dan sidebar blog anda - done!

* Tajuk entry WAJIB buat perkataan ni = "contest i love my self"

* Hadiah yang bakal dimenangi adalah :





* Saya nak tag 3 orang ni...

- Fikah Alfitriah, kau lagi...

- Chriz

- Ida Hidayah


SAYA MAHU PERTARUHKAN GAMBAR NI, TAKEN BY FECCA



Huu~~ Terkenang time i nikah dulu.. hee.. =p


Orite, siapa-siapa lagi yang berminat, boleh klik SINI.


Tarikh tutup penyertaan 15 MEI 2011.. Cepat, masih sempat..





Selasa, 10 Mei 2011

Mummysyafie GiveAway



Syarat-syarat Penyertaan :


* Mesti menjadi follower Mummysyafie - done!

* Buat 1 entry mengenai contest ni - dah jugak..

*Letak BANNER di sidebar blog anda dan backlink ke entry ini - okey!

* Tag 3 rakan anda
Lebih dari 3 boleh?? Saya tag :

1) Ejat



*Akhir sekali,jangan lupa tinggalkan perkataan

"SAYA NAK GA NI"

berserta url contest peserta di ruangan komen GA ni.. Hepp!! bukan di sini, tapi di blog Mummysyafie tau...


Selamat mencuba u all... oh ya, contest ni valid sampai 16 MEI sahaja! so, siapa-siapa yang berminat join cepat-cepat!! Senang je kut...


Sabtu, 7 Mei 2011

Happy Mothers Day!!



Sempena hari ibu ini, saya mengucapkan SELAMAT HARI IBU, buat ibu tercinta, Puan Ridiah binti Sailun, nenda tercinta, Hajah Siti Jauyah Ayoh,my mother-in-law, Puan Margaret Trebucon, ibu-ibu saudara saya serta semua ibu-ibu di luar sana.. 


Ucapan Khas kepada ibu tersayang :

TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJADI IBU TERHEBAT SEDUNIA UNTUK 7 ORANG ANAK.. SEGALA JASA DAN PENGORBANANMU TIDAK MAMPU KAMI BALAS SELAIN BERUSAHA MENJADI ANAK YANG TERBAIK JUGA, BUAT IBU YANG TERBAIK.. 

TERIMA KASIH JUGA KERANA TELAH MENDIDIK KAMI SEMUA UNTUK MENJADI 'ORANG' DI MUKA BUMI INI...SEMOGA HIDUP KITA SEKELUARGA AKAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH, MENDAPAT RAHMAT KURNIA DARINYA SERTA DIMURAHKAN REZEKI ..

TERIMA KASIH, MAMA...

KAMI SEMUA SAYANG MAMA..


P/S : NENEK YANG TERBAIK JUGA BUAT 
ANAK-ANAK SAYA NANTI.. INSYALLAH.. =)

Khamis, 5 Mei 2011

SAYA MAHUKAN PRIVACY SAYA BALIK!!


Sejak 2 minggu kebelakangan ni, privacy saya sudah hilang.. Pegi mana?? Yang tau tu tau la.. yang tidak tau, buat-buat tau sudah..

So, please lah kepada sesiapa yang menganggu privacy saya tu...


-END-

Selamat Ulang Tahun Sayang....

Alaa... Sebenarnya Encik Jarip birthday 27 April yang lalu lagi.. Saja, buat entry basi... =)

Hari dia birthday tu jatuh pada hari Khamis.. So, tiada celebrate yang kaw-kaw punya.. simple seja..

Saya just bagi surprise birthday cake.. Order dari tempat si Ain.. So, kalau ada siapa-siapa mau order kek dia, sila klik nama tu.. kek dia sedap hingga menjilat kotak, i tell u~~~ haha

Saya just order sponge cheese tapi dalam bentuk cupcakes...

Happy Birthday Syg.. Love, Nadia

Dalam kek tu ada saya, kereta dia yang paling dia sayang sama Logo M.Utd.. Peminat setia kan... And... Ada juga baby yang comel di situ.. Thanks ya Ain...


To my one and the only Man in my life :

* Selamat menjalani hari tua.. hee~~

* I love you so much...

* Semoga terus menjadi suami dan bestfriend terbaik saya sampai bila2..

* Sentiasa sukses dalam apa yang dilakukan dan dimurahkan rezeki selalu..

* Jadi the best ever daddy kepada anak-anak kita..

Aminnnn~~


- Dia sangat tidak romantik.. Nampak kek seja, sengih sambil cakap THANKS- Apakah?? hehe..
Tapi paling menang juga sebab banyak dia makan kek.. Plus makan DUREN2 Big Apple tu sampai 3 biji.. NYAMAN seyy~~


PAP SMEAR

Wahai kaum hawa... Sudahkah anda menjalani ujian Pap Smear? Jika belum, cepat-cepat lah pegi buat.. Ala, di klinik or hospital yang berdekatan seja... Saya belum, sebab tengah pregnant.. Lepas melahirkan nanti, INSYALLAH saya pegi.. ahaha..

Apa??? Tidak tau apa tu Pap Smear???? Saja saya mau eksyen.. Padahal baru seja tau beberapa minggu lepas.. ahahaha...

Okey, mari kita berkongsi ilmu pada kali ini.. Sedikit sebanyak tentang Pap Smear..


* Sangat penting untuk wanita yang telah melalui hubungan seksual..

* Jangan takut.. Tapi alat yang diorang guna, BESAR wooo.. Pastu kena lagi doktor lelaki.. Sila malu dan takut sekarang.. hee~~

* Ujian Pap Smear = Ujian untuk mengetahui, mana lah tau kan, ada kanser pangkal rahim.. PALISSSSS

*Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma @ dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Siapakah Yang Berisiko Tinggi??

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.


Mereka yang kerap bertukar pasangan.


Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman


* Disarankan buat dalam masa 1-2 tahun sekali. Bukan hari-hari pun... Apa mau takut..



Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan. Puasa lah bah dulu 2 hari.. bukan 2 bulan pun.. hehe..


Okey all... Selamat mencuba dan menjalani ujian PAP SMEAR...




 

Jumaat, 29 April 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin" - Part 2

Okey, hari tu saya ada join 1 contest kan? Sebenarnya, saya mau masukkan banyak pic, tapi hanya satu saja dibenarkan..

So, boleh saya masukkan pic ni?? hehe.. pandai berubah2 fikiran pulak kan?? hee...



Yang ni bole??


Untuk lebih lanjut, cekidaut my 1st penyertaan punya detail di SINI






Khamis, 28 April 2011

Week 28

Tadi ada googlekan tahap perkembangan untuk baby 28minggu dalam kandungan.. Apa yang saya dapat adalah :

Minggu ke-28
Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat.
Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi.

Copy Paste bulat2 dari : viaemma.blogspot.com
 
 
Milestone saya untuk tahap kehamilan yang telah mencecah 28 minggu ini adalah :
 
* Bengkak kaki semakin ketara
 
* Eczema sudah keluar balik, sebab hormon yang telah berubah and support eczema tu untuk keluar balik - debilang tu nurse la..
 
* Makan SALINDAH B3! =)
 
* Pergerakan bayi sudah semakin lasak dan kuat! Rasa betul tulang temulang dia dalam perut ni.. Sometimes, boleh nampak dia siku2 perut mummy dia.. Kadang2 rasa takut sebab perut macam mau bocor..
 
* Bila baby tidak pandai duduk diam, saya terpaksa berenti buat keja and usap2 perut sampai dia diam balik..
 
* Baby semakin menekan pundi kencing saya sampai saya pun balik2 senaman ke tandas.. Dengan sekali sentakan, dia berjaya buat saya tidak menahan kencing seperti selalu.. Jauhnya toilet itu.. Kalau sebelah meja saya seja tidak apa juga..
 
* Sering semput.. Sebab berat badan berlebihan kan...
 
* Baby semakin nakal.. Asal saya makan seja, dia sudah dulu2 naik pegi atas.. macam menekan something pegi dada saya..
 
* Suka makan roti canai kuah susu.. Kasi banjir.. nyum2.. Macam mau makan untuk lunch pulak..
 
* Main game sampai tidak ingat dunia.. Punyalah siok saya rasa main game tu..
 
* Berat badan, seperti biasa lebih dari sepatutnya.. (5kgs dari sepatutnya)
 
* Darah, kurang 0.2.. hari tu 12.8, sekarang 12.6 tapi nurse cakap masih okey.
 
* BP = 120/90
 
* Kedudukan baby = Kepala sudah di bawah, tapi kedudukan bahagian kepala dia mereng sikit.. Nurse cakap, jangan urut bagi dia duduk di posisi asal dulu, sebab masih kecil.. Nanti, dia boleh ke kedudukan yang sepatutnya.
 
 

*Gambar tersebut adalah kedudukan bayi yang sepatutnya...
 
Kedudukan mereng maksud saya adalah kepala dia bukan pada saluran yang betul.. Dia di tepi sikit..
 
So, tunggu sampai besar sikit sebab masih ada ruang untuk dia berubah ke posisi yang sepatutnya (harap2, dia pegilah posisi yang sepatutnya) ...Kalau sampai ruang yang ada tidak mengizinkan dia untuk mengubah posisi, then doktor akan tolong urut untuk betulkan kedudukan dia.. Selalu memang dapat lah.. Tapi, kalau tidak, terpaksa bersalin 'ceasar'.. Adui, nauzubillah.. Saya mau baby saya lahir normal..
 
Erm.. setakat ni, itu seja lah perkembangan kami berdua.. Next week mau pegi scan lagi lah.. tapi tidak mau bising2 depan si baby.. Nanti dia betapuk lagi..
 
 
 

Rabu, 27 April 2011

EcZema, Nakalnya kamu!


Pada tepat minggu 28 usia kandungan, saya cuba try test pegi scan.. ya la.. barang-barang keperluan, banyak lagi belum beli.. Reason : Mau tau gender baby dulu, baru kasi complete.. So, hari tu pegi la Klinik Malaysia Jalan Pantai sekali lagi.. Plus minta ubat sebab ECZEMA saya keluar sudah sejak yang mengandung minggu 27 hari tu.. Lama juga penyakit tu tidak keluar.. Tiba-tiba time pregnant begini pula baru dia mau keluar.. Tapi, memang SANDI okey kena eczema time2 begini.. Tengah malam pun bangun sebab telampau kegatalan.. Maybe sebab sekarang saya selalu berpeluh kan.. Tau la, lelemak pun makin banyak, suhu badan semakin meningkat.. Encik Jarip terpaksa standby 2 lagi kipas angin selain kipas yang sedia ada.. ala, bukan tuk saya pun dua2 tu.. satu untuk dia.. ahaha..

Okey, lain cerita.


Pasal scan baby tu, doktor Elizabeth cakap la, tidak payah scan pun tidak apa.. Beli seja baju all white.. Tidak perlu membazir nanti for 2nd baby.. Bila fikir2, memang betul juga.. Putih kan suci.. =) Tapi, jiwa and hati nurani saya ni memang gatal gila mau tau gender baby, so scan juga la..

Time scan tu, punyalah scanner doktor tu meneroka seluruh perut saya. Last2, apa yang nampak?? TULANG BELAKANG! "Oh.. Badluck oh.. baby ko tengah sujud"




AArgh.. Punah! Baby saya membelakang time tu.. kan bagus kalau time tu dia terbongkang seja.. bole nampak tutttt dia.. hehe.. Kalau time tu dia bangun tidak apa, siok betul dia tidur.. Malu la tu, orang nampak ehem-ehem dia.. ololo~~ kecik2 suda nakal.. da la kasi rosak mesin di klinik hari tu.. =) anak mummy~~

Berapa kali kasi pindah, tetap tidak nampak. scan dari tepi pun tidak nampak.. Dia macam betul2 kasi tapuk tuttt dia tu.. Isk.. memang bad luck betul.. Sebelum tu, dalam kereta, okey seja dia bergerak2.. Mungkin dia dengar saya sama En. Jarip cakap mau pegi scan tengok gender dia ba tu.. Next time, kalau mau pegi scan lagi, saya bersms seja lah sama En. Jarip.. supaya si baby tidak dengar..
  

Sumber Gambar   :    Mr. Google

Selasa, 26 April 2011

Oh Klinik....


Semalam pegi klinik.. ada appoinment ambil darah.. MALANG sungguh.. Mesin di Klinik Luyang tu rosak pula.. Tapi kan, kenapa boleh begitu?? diorang ada 1 buah mesin seja kah? sepatutnya klinik yang kira besar and ramai orang begitu, standby lah lebih dari 1 mesin.. atau diorang ada banyak mesin tapi serentak rosak?? IMPOSSIBBLE.. owh.. mungkin mesin tu, 1 buah sudah mencecah RM 10 juta, and orang yang datang minta rawat pun just bayar RM1.00.. Bajet ciput?? No comment.. hehe

Tidak best lah, sebab bila orang yang ada appoinment datang dari jauh, terpaksa balik begitu seja tanpa mendapat sebarang rawatan.. pedahal da bayar RM1.00, tambang naik bas pergi balik, masa yang terbuang semasa pergi, balik dan menunggu, dan macam2 lagi plus dia warga emas or orang yang sarat mengandung.. (kecuali saya la.. pegi minta rawatan pun free seja, tapi banyak songeh.. tapi saya tidak peduli)

Nasib baik dapat appoinment baru.. Tapi, kalau mesin tu belum okey, nahas lah kamu.. menganiaya orang mengandung seja suruh datang balik-balik, lepas tu tunda balik2.. Last2 sampai saya bersalin pun belum lagi tertunai tu appoinment..


Jaga la kamu kalau saya jadi IJO...


P/s : Luahan tidak puas hati