Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 6 Jun 2012

Milestone : Irfan @ 10 MO



Salam all... Ni mau story milestone Irfan sepanjang sudah berusia 10bulan ni...

* Start pandai jalan masa umur 8 bulan ++... Awal kan? (Mommy baru berhajat mau belikan walker untuk dia..)

* Berat, naik 100 gram ajer setiap bulan... Kesian.. =(

* Gigi dah ada 6 batang.. 2 batang lagi coming soon..
2 batang di bawah & 4 batang di atas...

* Suka bila masa gosok gigi... Lepas mommy buat, mau pegang berus gigi sendiri, and repeat gosok gigi lagi.. Mommy belum berani guna ubat gigi lagi... Memang dah standby beli, tapi belum confident mau guna untuk Irfan.. Masih baby.. =)

* Tabiat hisap jari belum luntur!! Risau makk....






Siapa-siapa ada petua, bolehlah turunkan yaa....

Hari tu, sebagai usaha menghentikan habit hisap jari ni, pernah juga letak ubat yang pahit, benda yang asam... Tapi, semua tidak berkesan.. apa lagi ya??

Yang merisaukan tu, pernah sampai luka ibu jari dia sebab terkena gigi bawah dia.. Mau letak ubat pun susah sebab takut nanti tidak selamat untuk dimakan ubat tu..



* Bila sebut saja full name dia "Muhammad Irfan Qaiser", dia akan menyahut seolah-olah cakap "hadir"... hahaha.. lucu... Kalau datang malas, dia just angkat tangan ja.. adei, macam di sekolah pula.. Cikgu panggil, cakap hadir...

* Pantang nampak esculator.. Mesti mau balik-balik turun naik..


* Lagi satu, sangat mementingkan kesihatan dan senaman.. Treadmill di rumah omah dia pun dia tau cemana fungsinya... =) (gambar nanti mommy upload... terlupa save di mana...hihi)

* Alhamdulillah, masih mahu dan ada rezeki menyusu susu ibu.. Walaupun kalau tidak cukup, minum juga susu formula..

* Masih pakai colth diapers lagi dalam 50% dalam sehari..haha... Jimat sikit duit beli lampin pakai buang... Kata sayang alam sekitar... haruslah membantu sikit-sikit... (walaupun pakai juga lampin pakai buang certain time...)

* Badan semakin susut sebab asyik sakit.. Orang tua-tua kata, sakit mau membesar... =)


Dulu......


Masa umur dekat 3 bulan.... =) sihat dan kuat.. lagi berSEMANGAT..


Sekarang......




Memang asal duduk di car seat, tidak pernah betul.. Inilah cara Irfan duduk di carseat sejak sudah besar-besar ni.. dengan botol air bertali warna 'pink', boleh sambil santai-santai, sambil minum air.. hihi'

* Suka minum air putih... Dalam masa sehari, boleh habiskan 2 botol air dia tu.. selain makan 3x sehari & minum susu 6 kali sehari..

* Sangat suka pergi sekolah, sebabnya.....


Sesampai di taska, bilik ini dulu yang dilawati... sebelum menyapa teachersnya sudah bemain di play area ni...


Buat masa ni, itu saja milestone Irfan yang mommy kenalpasti.. nanti untuk 11mo, boleh update lagi... =)


Buat Irfan Qaiser, kesayangan mummy & daddy....

Semoga menjadi anak yang soleh, mendengar kata, bijak, terbaik untuk mummy & daddy dan sentiasa berdoa untuk mummy & daddy, dunia dan akhirat... Aminnn... =)


Isnin, 21 Mei 2012

6 FAKTA SAINTIFIK KELEBIHAN BERHIJAB


Assalammualaikum WBT semua...

Aisey, lama menyepi kan?? Ok la, ok... Saya tebus kesalahan saya dengan mengongsikan ilmu yang paling berguna untuk kita-kita semua.. Eh, lelaki pun boleh baca what... Boleh story sama girlfriends or wife, or mommy you alls... 

Untuk pengetahuan you all, aktikel ni i cedok (copy) dari majalah HIJABISTA, Edisi pengenalan..




1

Artikel berjudul 'The Science Behind The Veil' karya Karima Burns menjelaskan bahawa 40% - 60% tahap kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala.  Oleh itu, mereka yang menutup kepala terutamanya pada waktu sejuk mampu mengawal suhu badannya berbanding mereka yang tidak menutup kepala.




2

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di AS melaporkan hampir 700 orang di negara tersebut meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan suhu panas.  Kebanyakan daripadanya kerap terdedah dengan cuaca panas tanpa sebarang perlindungan.




3

Menurut pakar otak, V.G. Rocine fosforus otak akan mencair pada suhu 42.2 darjah selsius. Keadaan ini lazimnya akan berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala.  Fosforus yang mencair boleh mengakibatkan fungsi otak menurun selain menyebabkan beberapa kesan negatif kepada otak.




4

Canadian Neuro-Optic Research Institute Online dalam artikelnya yang bertajuk 'Higest Phosphorus Foods' turut menerangkan perkara yang sama iaitu seseorang yang berada pada tahap kesihatan yang berbahaya jika suhu badannya melebihi 40.5 darjah selsius.  Kesannya adalah pada kesihatan otak apabila fosforus mula cair.  Justeru, bahagian kepala haruslah ditutup ketika terdedah pada cuaca yang panas.


Ini, kita.. makin rasa kepanasan, makin lagi mau buka tudung,kan...








5

National Education Center for Agricultural Safety (NECAS) menyatakan penutup kepala yang terbaik saat terdedah kepada pancaran cahaya matahari (selain daripada dapat menutup bahagian kepala) adalah ia mestilah mampu melindungi bahagian leher, wajah dan telinga. Dan tentu sekali, berhijab adalah antara solusinya!








6


Pernahkah anda berasa pening sebaik selepas beberapa minit terdedah kepada pancaran cahaya matahari?  Sebenarnya, ini adalah perkara lazim yang berlaku seandainya membiarkan kepala tidak ditutup.  Haba daripada matahari boleh menyebabkan saluran darah dalam otak mengembang dan meningkatkan suhu pada kulit.  Ketika inilah kesakitan akan terasa.  Silau pancaran matahari boleh juga menganggu mata anda, membawa kepada sakit kepala.




So, selain daripada menutup aurat, kita juga boleh menghindari daripada pelbagai penyakit .  Berhijab ni, banyak kelebihannya!  JOM semua...



Selasa, 10 April 2012

Muhammad Irfan Qaiser @ 8 month


Hari ni mommy Irfan sibuk mengelap habuk.. biasalah... blog lama tidak berjenguk.. Kasihan sungguh...

Bukan apa, saja mau story milestone Irfan selama 8 bulan ni... Sekarang, dia start belajar berdiri dan melangkah.. 1 step ja, terus jatuh.. hehe...

Selain tu, sudah pandai.....


- marah bila daddy cakap "daddy mau pegi kerja" -


- berebut makanan sama daddy-

Selain dari tu, pandai juga : -

* Panjat memanjat sana sini
* Kacau tanaman mommy & daddy di veranda
* Pandai ketuk pintu bilik mandi sambil memanggil "aahhhh..." bila dia tidak nampak daddy dia.. (biasa la..anak daddy kannnn.. kalau mommy yang tiada depan dia, boleh buat macam tiada sambil main kalkulator - favourite toy)
* Kalau masa tidur, sila kasi dia space yang besar macam padang sekolah.. kalau tidak, tidak cukup tempat untuk dia beguling2 sambil hisap jari + garu2 telinga/kepala...

Yang paling merisaukan mommy adalah, kahak Irfan tidak pandai hilang dari dia 6month old lagi.. ada apa2 ka tu ya? on off seja.. antibiotik pun tidak jalan ni.. balik-balik jumpa doktor pun, sama juga..

Ok lah.. nanti update milestone Irfan for 9 month old pulak...

Oh ya.. sudah ada 4 batang gigi ya... 2 atas & 2 bawah..

bai.

Rabu, 11 Januari 2012

Irfan Hilang!


Tadi tengah basuh kain.. Irfan pulak main sendiri di ruang tamu... Sementara tu, saya pun check lah Irfan, tengah buat apa?? oohh, tengah main dengan kaki sendiri... Okay lah.. Sambung basuh kain..

Siap basuh kain, check lagi di ruang tamu.. Tiba-tiba ruang tamu nampak macam kosong.. Aik, mana Irfan?? mungkin ada dalam bilik Uncle Elul dia... Okay, pegi ketuk pintu bilik, cari Irfan di sana.. 

Tapi, Irfan tiada dalam bilik tu.. Aik, gelabah sekejap.. Padahal pintu semua berkunci.. Mustahil lah kan...
Sandi lah.. Tiba-tiba dengar bunyi budak ketawa di ruang tamu.. tapi budaknya mana???



Nampak ka?? Adess... gugur jantung mummy, nakkk....

Rupanya pandai sudah... =) Bagus lah.. Lepas ni boleh kacau dan rosakkan bunga-bunga daddy tu,.. hehe, soo.. kena clearkan rumah.. Segala bunga-bungaan daddy tu, silalah letak di stor buat sementara waktu.. dalam 1-2 tahun gitu.. haha..

**

**

**

Lepas tu letak balik Irfan di tempat asal... Rupa kejadiannya macam ni...


oo.. tidak puas hati lah tu, mummy letak di tempat asal..





Ala, tidak kisah.. Orang boleh pusing sudah...




Penat... Rehat kejap, main-main baby carrier ni dulu...




Aikk... Ni macam mainan yang lebih menarik ni.. Main jap..




Main peek-a-boo dengan langsir mummy yaa... okay, mainlah.. Kalau rosak pun bagus juga.. Minta daddy belikan langsir baru... hehe (pok silap..)



Kalau boleh, sehujung-hujung dia pegi.. Nasib baik pintu btutup, kalau tidak, Sudah sana di beranda... Kan Fannn...






Alaahhhh, manada hilang... Suspen seja bahh...
Irfan ni kan.... Bikin kabak-kabak jantung mummy ooo...




Michelin




Apa kena, tiba-tiba story pasal tayar michelin pulokk??

Bukan apa, saja... terkenangkan michelin saya... =)
wuwu... rindunya~~ Walaupun sudah hari Rabu, Irfan masih dalam mood bercuti, nangis-nangis xmau bye mommy pagi tadi..  Ala sayang, mummy kan kerja... Lunch time, mummy datang main2 dengan Irfan yaa...



kembar tangan maskot michelin sedang tidur....

Syyhhh... Sila senyapp... nanti dia bangun lah pulak... Da la sekarang ni, tidur 5 minit seja.. pastu bangun, mainnnnnn, main dan mainnnnn.....


Rabu, 21 Disember 2011

Intussusception - penyebab Irfan kena admit




Hari sabtu lepas, Irfan kena admit di Hospital Likas... Diagnosa : Intussusception.

Bahasa kampung : usus besar makan usus kecil...


Malam hari Jumaat tu, Irfan menyusu macam tidak pandai kenyang.. Lepas tu, simptom yang dialami :-


* Bangun seawal 5am, merengek-rengek dan nangis-nangis macam ada yang dia tidak selesa..
Pastu saya bangun and angkat dia, start muntah-muntah pula..

* Tidak berenti muntah sampai 8.30am.. dari 5am sampai 8.30am, 2x buang air besar.. Muka sudah pucat and badan sudah semakin lemah...

* Tidak mau minum susu lansung! bayangkan dari 5am sampai 9am??

Bersiap-siap, sampai bahagian kecemasan Hospital Likas dalam 9.20am, 10am jumpa doktor...
Bila doktor tanya, air besar dia, ada darah x? memang tiada pula pagi tu... Doktor suruh bagi susu, then Irfan menyusu... banyak juga dia minum, tapi lepas tu muntah balik.. Masuk bilik doktor, doktor cucuk tempat buang air besar tu.. memang keluar darah dan darah beku sikit-sikit...

Pastu rujuk bahagian pakar sakit pediatrik.. Kena admit.. Penyakit ni ada 2 kaedah rawatan... pertama, 'pam air'.. 3kali pam, kalau tidak berjaya terpaksa menggunakan kaedah yang kedua, PEMBEDAHAN.. ngeriii~~~

Untuk lebih lanjut mengenai Intussuseption, klik SINI
Penyakit ini biasanya dialami oleh bayi berusia 3 bulan sehingga 2 tahun...

Ni adalah wajah-wajah baby Irfan masa kena admit hari tu... =( sooodihhh mak, nak..




 Ini masa di rumah.. bila letak air suam ni di perut dia, baru dia diam..


 tertidur lepas kepenatan muntah...


 Ololo~~ sangat kasihan.. Drip di kaki.. Masa dalam perut pun, mommy 2 kali admit di hospital ni... sekarang, baby mommy pula.. =(


 sedih... masa ni, masih tidur sebab kesan ubat tidur belum habis.. Lepas kena pam air..
Time ni, on the way to peadiatric ward...


 Kehabisan baju for baby.. Ini pun pakai baju kanak2.. yang umur 4-5tahun kali..
Masih tidur.. Sampai mommy tukar baju pun dia tidak bangun.. hos di hidung buat mommy rasa sangat sedih and down.. anak masih kecil, tapi kena macam ni.. macam mommy masa masuk bilik pembedahan untuk bersalin secara c-sec hari tu.. so, tau macamana sakitnya.. Sedangkan orang tua pun boleh rasa sakit, kalau baby lagi lah kan?? (nanges...)




Masa check tekanan darah... Everything okay...






 Lepas kesan ubat tidur habis.. Menangis minta angkat.. tidak mau baring di kaltil.. terpaksa daddy bawa jalan-jalan sekitar ward.. kesian dia...


 so boring here.... nasib baik daddy bawa toys dari rumah.. so, Irfan tidaklah seboring mana...


 Counting on his finger.... setiap masa kira jari.. manalah tau, ada yang bertambah or kurang.. hihi... no lah... ini bakal-bakal pakar matematik ni.. hehe, aminnnn





 tengoklah baju sayaaa.... besar kan?? hihi


feel better on 2nd day... ini masa pagi.. petang tu boleh balik sudah...

Syukur Ya Allah, tidak sekritikal mana...

doktor cakap, ini berpunca daripada kuman.. bila dah ada kuman, akan meransang kembung perut.. bila dah kembung perut, akan meransang usus untuk bekerja.. bila tiada benda yang mau diproses dalam usus tu, usus besar tu buat lah usus kecil macam makanan dia.. ini lah terjadinya intussuseption..

lagi 1 sebab, selagi baby belum berumur 6 bulan, JANGAN SEKALI-KALI bagi dia makan... haaa, kang jadi macam ni pulak... lepas 6 bulan, baru bagi makan... Pengajaran untuk saya sendiri, so anak yang lepas ni, saya tidak akan bagi makan sebelum umur 6 bulan.. FYI, Irfan da start makan masa umur 5 bulan.. Silap saya.. Walaupun ada banyak lagi mommies out there yang bagi anak makan seawal 3 bulan tapi baby sihat, saya anggap ini adalah nasib saya dan yang paling penting, pengajaran yang berguna untuk saya... next time lebih berhati-hati..


Khamis, 15 Disember 2011

Muhammad Irfan Qaiser @ Kudat


Hari ni, kakak Irfan oopss Mommy Irfan malas mau taip panjang-panjang... Kalau sudah dasar pemalas tu, faham-faham lah yaa... So, sempena hari malas sedunia ini, silakan scroll sahaja.. tengok gambar Irfan masa trip ke Kudat tempoh hari.. Gambar selain Irfan, next time baru upload..

*Mood  :  Rindu Irfan eventho baru balik dari taska Irfan hantar bekalan susu...





Kira jari...





Sleeping with daddy...






























Gambar ni taken masa umur Irfan 4 bulan ++..