Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Sindrom Ovari Polisistik (P.C.O.S)








 
Hari tu, ada kawan tanya pasal P.C.O.S ni.. Saya pun bukannya tau sangat bab-bab camni.. Dulu, teringin juga mau jadi doktor tapi, tau seja la.. Tidak berapa mau pandai.. hee..

Ada buat sikit research pasal benda ni... Keputusan research adalah seperti dibawah..

 * Dikenali secara klinikal sebagai sindrom Stein-Leventhal

* Sejenis gangguan endokrin yang menjejaskan 5–10% kaum wanita daripada semua bangsa

* Merupakan gangguan hormon yang paling umum di kalangan wanita berumur biak dan adalah salah satu sebab utama ketaksuburan.



 Ciri-ciri utamanya 
  - Ketiadaan pengovuman tetap serta kesan hormon androgen-androgen (hormon lelaki) yang berketerlaluan.

* Gejala dan teruknya sindrom adalah berbeza antara wanita-wanita.

* Penyebab - tidak diketahui,

* Kerintangan insulin (sering berkaitan dengan obesiti) amat berkait dengan PCOS.







Gejala-gejala PCOS



* Masa haid yang tidak tetap, tidak banyak, atau tiada sama sekali.

* Kitaran-kitaran haid yang ada, sering melibatkan perdarahan teruk (pendarahan teruk juga merupakan tanda amaran awal untuk kanser endometrium yang lebih membahayakan wanita-wanita yang mengalami PCOS

* Ketaksuburan yang umumnya diakibatkan oleh kekurangan pengovuman

* Aras androgen-androgen (hormon lelaki) ternaik dalam serum (darah).
* Obesiti tengah - obesiti "berbentuk epal" yang selalunya terjadi pada bahagian bawah badan.

* Jerawat, kulit berminyak

* Akantosis nigrikans (tompok-tompok kulit yang gelap dan yang berwarna antara sawo matang dan perang atau hitam)


* Gejala-gejala bak Sindrom tekanan prahaid (PMS) yang berpanjangan seperti kembung, angin tidak tetap, sakit pelvis, sakit belakang

* Gejala-gejala hiperandrogenisme, seperti akne atau hiperseborea, sering dialami oleh gadis-gadis remaja, dan biasanya berkait dengan kitaran-kitaran haid yang tidak tetap. Dalam kebanyakan kes, gejala-gejala ini adalah sementara dan hanya membayangkan ketakmatangan paksi hipotalamus-pituitari-ovari dalam tahun pertama selepas menarke.





Tanda-tanda PCOS


* Ketumbuhan berbilang pada ovari; secara sonografi, ketumbuhan itu kelihatan seolah-olah seuntai mutiara.

* Ovari biasanya 1.5 hingga 3 kali lebih besar daripada yang biasa, akibat ketumbuhan berbilang

* Permukaan luar ovari yang licin dan tebal, dengan warnanya putih mutiara
* Aras testosteron yang tinggi

* Aras globulin penambat hormon seks yang rendah



p/s : Ada perkataan yang saya sendiri tidak faham.. Maklumlah.. saya bukan budak medik... At least, saya ada something untuk share sama kamu apa yang saya dapat..

And, untuk maklumat lebih lanjut, sila berkunjung ke SINI












0 comments:

Catat Ulasan