Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Jumaat, 17 Jun 2011

Malaysia, negara demokrasi


Tajuk entry, da nampak macam nak berhujah panjang.. Memang pun.. Sila pegi exercise badan sebelum baca entry ni sampai habis.. Takut nanti, ada pulak yang keras depan pc or laptop... hihi..


Lately ni, saya tidak rasa pun Malaysia ni sebuah negara demokrasi.. Dengan perangai sesetengah rakyat dia yang macam tinggal di negara Hitler, memang jauh la demokrasi tu... Orang bagi pendapat ni, salah.. Pendapat itu, salah.. Hey, kamon bebeh.. pendapat je pun.. Bukan ada mention 100% yang pendapat itu ditujukan buat you...

Okey, sebelum apa-apa, saya ulang lagi, MALAYSIA ni, sebuah negara demokrasi..MALAYSIA yaa.. Bukan oversea.. Semua orang di negara ni boleh utarakan pendapat mereka dengan bebas.. Tanpa sekatan! KECUALI yang boleh menggugat keselamatan negara.. Alaa, apalah sangat pendapat yang kita boleh bagi sampai boleh menggugat keselamatan negara kan??

Ala.. Suatu pendapat yang diutarakan tu belum tentu semua orang suka or setuju kan?? Itu lah namanya PENDAPAT.. Seumur hidup saya, belum pernah ada pendapat yang semua orang suka.. Ada lah, tapi yang lain tu paksa rela suka.. So, sama juga lah kan tidak suka??

SITUASI 1 :

Bercakap mengenai sebuah tempat.. Contoh ye.. CONTOH...

Lelaki A  :   Eh, kau tau x, AKU RASA LAH KAN, muda mudi yang tinggal di kampung BlaBla tu kan, teruk gile ar! Perangai mengalahkan setan

Lelaki  B :  A'ah la.. Aku pun rasa gitu..

Isteri Lelaki A :  Ehh.. tak jugak la.. ada yang okey apa.. Imam Muda musim ke 10 dari sana tau..

That is pendapat.. Ada yang sokong, ada yang bantah...




SITUASI 2


Membeli belah... Contoh ye, CONTOH...

Perempuan A  :  I suka beli barang branded and luar negara.. Sebab bagi i, barang branded punya kualiti yang sangat the best...

Perempuan B  :  I tak.. I akan beli barang ikut minat.. Kalau i minat barang tu, tak kira la branded ke bundle ke, second hand ke, night market ke..i akan beli.. Bagi i, cukup sekadar i suka.. Itu da beri i kepuasan...

Tetiba ada perempuan C..

Perempuan C  :  Hey Perempuan B.. U nak tau, I suke barang yang branded ni.. Sebab bagi i, kelass la pakai barang branded-branded ni.. Kau mampu??? Tak kan?? Itu yang u cakap macam tu.. Sekadar kepuasan je tak cukup kalau tak kelass tau... I mana boleh kalah dengan Datin Y yang pakai barang2 super branded tu...

Tetiba saya masuk lak...

Saya  :  Saya suka jugak barang yang branded ni.. tapi tak mampu...

SEDEH kan?? hahaha


SITUASI 3

Baju

A  :  Eii.. teruk betul lah Kedai * tu... Harga punyalah mahal.. Tapi baju tak cantik! outdated! Tak sesuai dengan kita...

B  :  Ala, tak jugak.. I rasa dress yang ni cantik.. I berkenan.. Ramai juga yang pakai..

A  :  Ala, u ni.. taste macam MAKCIK-MAKCIK.. pleaseeeee la! Jom cari tempat lain...

B dengan muka sedeh pegi lah kedai lain...

NOTE : Sebenarnya, lain orang, lain pendapat dan taste... So, kita bebas nak pilih apa yang kita suka... Kalau da suka style cam makcik2.. Suka hati dia lah nak pakai kan?? Pastu orang lain pun, suka hati lah cakap apa.. Lagipun, bukan dia sorang je pakai style makciks.. Ramai lagi.. So, kalau orang lain cakap secara menyeluruh tu, tak payah lah nak marah2 or melenting.. Bukan orang tu cakap "SEMUA YANG PAKAI FESYEN MACAM NI MACAM THE MAKCIKS"..

Ada orang yang pakai fesyen serupa, tapi nampak super vogue kan?? Sebagai contoh.. Fesyen tudung HANA TAJIMA tu.. Tak semua orang boleh carry tau.. Even i pun akan nampak macam THE MAKCIKS kalau pakai tudung style tu..  Hah.. Da nampak?? Nampak kan?? DEMOKRASI.. (eleh.. dari tadi demokrasi.. ngong!)



SITUASI 4


 Alamak.. Da takde idea la... Nak sambung tapi keje melambak... Tolongg...

Nanti i sambung kalau keje da siap.. PLUS kalau i rasa nak sambung lah entry ni.. hihi




P/S  : SEMUA SITUASI TERSEBUT TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG SUDAH INALILLAH... BAGI YANG TINGGAL DI NEGARA DEMOKRASI INI, TERIMALAH SEMUA SITUASI TERSEBUT SEBAGAI P.E.N.D.A.P.A.T DAN BUKAN SAJA-SAJA MAHU MENYAKITKAN HATI SESAMA KITA, MELAINKAN KAMU DENGAN RELA HATI MENYAKITKAN HATI SENDIRI DAN SENTAP SORANG-SORANG.. WELL, NEGARA DEMOKRASI.. HIHI.. BELAJAR TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN DAN FIKIRKAN LOGIKNYA.. KADANG-KADANG, KITA TIDAK TERFIKIR APA YANG ORANG LAIN FIKIRKAN..

FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT HARI JUMAAT YOU ALL..

^_______^





0 comments:

Catat Ulasan