Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Isnin, 21 Mei 2012

6 FAKTA SAINTIFIK KELEBIHAN BERHIJAB


Assalammualaikum WBT semua...

Aisey, lama menyepi kan?? Ok la, ok... Saya tebus kesalahan saya dengan mengongsikan ilmu yang paling berguna untuk kita-kita semua.. Eh, lelaki pun boleh baca what... Boleh story sama girlfriends or wife, or mommy you alls... 

Untuk pengetahuan you all, aktikel ni i cedok (copy) dari majalah HIJABISTA, Edisi pengenalan..




1

Artikel berjudul 'The Science Behind The Veil' karya Karima Burns menjelaskan bahawa 40% - 60% tahap kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala.  Oleh itu, mereka yang menutup kepala terutamanya pada waktu sejuk mampu mengawal suhu badannya berbanding mereka yang tidak menutup kepala.




2

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di AS melaporkan hampir 700 orang di negara tersebut meninggal dunia setiap tahun disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan suhu panas.  Kebanyakan daripadanya kerap terdedah dengan cuaca panas tanpa sebarang perlindungan.




3

Menurut pakar otak, V.G. Rocine fosforus otak akan mencair pada suhu 42.2 darjah selsius. Keadaan ini lazimnya akan berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala.  Fosforus yang mencair boleh mengakibatkan fungsi otak menurun selain menyebabkan beberapa kesan negatif kepada otak.




4

Canadian Neuro-Optic Research Institute Online dalam artikelnya yang bertajuk 'Higest Phosphorus Foods' turut menerangkan perkara yang sama iaitu seseorang yang berada pada tahap kesihatan yang berbahaya jika suhu badannya melebihi 40.5 darjah selsius.  Kesannya adalah pada kesihatan otak apabila fosforus mula cair.  Justeru, bahagian kepala haruslah ditutup ketika terdedah pada cuaca yang panas.


Ini, kita.. makin rasa kepanasan, makin lagi mau buka tudung,kan...








5

National Education Center for Agricultural Safety (NECAS) menyatakan penutup kepala yang terbaik saat terdedah kepada pancaran cahaya matahari (selain daripada dapat menutup bahagian kepala) adalah ia mestilah mampu melindungi bahagian leher, wajah dan telinga. Dan tentu sekali, berhijab adalah antara solusinya!








6


Pernahkah anda berasa pening sebaik selepas beberapa minit terdedah kepada pancaran cahaya matahari?  Sebenarnya, ini adalah perkara lazim yang berlaku seandainya membiarkan kepala tidak ditutup.  Haba daripada matahari boleh menyebabkan saluran darah dalam otak mengembang dan meningkatkan suhu pada kulit.  Ketika inilah kesakitan akan terasa.  Silau pancaran matahari boleh juga menganggu mata anda, membawa kepada sakit kepala.




So, selain daripada menutup aurat, kita juga boleh menghindari daripada pelbagai penyakit .  Berhijab ni, banyak kelebihannya!  JOM semua...



4 ulasan:

  1. tapi kenapa lelaki tidak perlu memakai tudug. Maaf kerana menyoal perkara ni. Just wonder tetiba. Anyone can help me?

    BalasPadam
  2. Salam...

    Thanks buat Aqeeda Ezzati sebab sudi baca blog saya... Okay, actually, saya pun baru terfikir tentang itu, setelah membaca komen dari saudari.. Mungkin fakta dalam blog ini,
    http://khalifah1412h.blogspot.com/2012/03/antara-sebab-pakai-tudung.html boleh membantu.. tak banyak, sikit.. =)

    BalasPadam
  3. Sebab lelaki disunatkan menutup kepala dgn serban, kopiah & songkok setiap kali kluar dari rmh & bersolat.. ;)

    BalasPadam
    Balasan

    1. Salam Daniel Hazrif.. itu pun boleh jadi salah satu sebab.. sebab2 lain, boleh try belek2 di sini juga.. http://www.ilovenadeya.blogspot.com/2012/07/kenapa-lelaki-tak-pakai-tudung.html

      Padam