Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 10 Oktober 2012

Things To Do Sebelum Berkursus



Loorr, padahal kursusnya 2 minggu yang lepas.  Almaklumlah, orang busy mengalahkan menteri.  Update blog pun sebulan sekali..hihi..

Ala, kalau update selalu pun, bukannya ada orang yang baca..  Syok sendiri ja i nanti...



Okay, ini entry ibu yang akan meninggalkan anak kecil dan suami untuk berkursus (macam jauh, padahal x sampai 20km kut... hihi).  Bermalam, okay... so, haruslah sediakan checklist untuk daddy supaya tidak terumbang ambing semasa mummy berkursus.  Kalau semalam ja, ok la..  Ini 3 malam.  Inilah apa yang berlaku....

* Sediakan pakaian anak untuk ke taska selama 3 hari.


Kalau macam ni, daddy tinggal angkat masuk dalam beg Irfan ja.  Senang.  xda la barang yang tertinggal or balik-balik call mummy, apa yang perlu dibawa, barang ada kat mana, perlu bawa berapa pasang, warna apa, kena match ka x payah, dan macam-macam lagi.

Tapi, yang paling sadis, buka kabinet pakaian Irfan and sumbat semampat-mampatnya beg Irfan dengan pakaian and pampers Irfan.  Kalau masih dalam lipatan yang sempurna ok la.  Tapi kalau ambil baju yang i x lipat lagi, terus masuk dalam beg, cemana la ya???  Mesti teacher Irfan sesak nafas mengemas beg Irfan.  Mau cari pakaian pun susah.  haha




* Tidak lupa juga, sleepwear haruslah disediakan.  



paling penting, label mestilah besar gedabak, supaya daddy pandang ja terus nampak and dapat baca..  Macam ni hah...









Last-last, mummy bermalam hanya sehari.  Sebabnya, Irfan demam and malam-malam asyik pusing-pusing rumah sambil sebut "mamaa... mamaa.." 

Lepas demam on-off, maka keluarlah ulser sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Sampai kerongkong dia serang, ko...  Kesian kan... =(

Kalau gini, kena tunggu tahun depan untuk apply kursus lagi.  Masa tu, Irfan da cukup besar and boleh tidur dengan daddy tanpa mengelilingi seluruh rumah sambil "mamaaa..mamaa..."  siap ketuk pintu tandas sambil menangis lagi... Sedddeeeeehhhh kan.  Mak dia syok-syok bersembang sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawan dalam bilik penginapan malam tu..


0 comments:

Catat Ulasan