Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 7 November 2012

Irfan Go Shopping dengan Compact car



Semalam sambil menyelam minum air. 
Irfan flu, so bawa dia ke klinik.  Masa di klinik tu, doktor cakap ada demam sikit. 
Memandangkan CityMall adalah sangat hampir dengan klinik yang kami pegi tu, maka haruslah singgah..

Ke Giant untuk cari pengganti botol air Irfan.  Sejak tiada botol air, Irfan makin pemalas ya ampun mau minum plain water.  Memang sangat ketara.  If bagi minum dalam gelas, hanya seteguk dua sahaja.  Selebihnya, sebagai air basuhan tangan. =.=

Bukan botol air yang ingin diceritakan sekarang ini ya... hihi
Ini cerita di Giant.

Irfan beria-ia duduk dekat trolley yang ada kereta untuk anak tu.  Sambil 'tuuu...tuuuu' tunjuk kereta, maksudnya 'mau itu, mau itu'. Sewanya adalah seMAHAL RM50.00.. Janganlah risau sangat. Refundable juga pun... hihi, maklumlah... 1st timer...



 sepanjang di dalam kereta tu, asyik broom broom, nginggg nginggggg (bunyi kereta) saja.  Sambil pusing-pusingkan steering dan hentak-hentak kaki. Motif hentak kaki? Idaklah saya tau...  Hanya Irfan yang tau, apa yang dia imagine masa hentak-hentak kaki tu. Adakah imagine menekan clutch dan minyak? atau tekan brek kah?? hihi..






Sengih-sengih bila tengok daddy snap gambar dia..



Reaksi ke-hairan-an disitu.
Aik, kenapa boleh jalan ni?? Mana roda?? x nampak punnn...
Or.. eh, kenapa masih jalan ni?? kan dah tekan brek.. =)




see.. how nginggg-ngingggg and vroom vroom he is kalau ada benda ni..

Baik ada benda ni.  Irfan x mau turun-turun sampai mummy habis shopping.  Kalau trolley biasa tu, habis dipanjat sana sini.  Berenti kejap, adalah barang yang diangkut masuk dalam trolley.  X pun, asyiklah mengoyakkan plastik pembalut ayam or petik-petik daun sayur.. Sampai kaunter, sayur daun tinggal batang saja lagi. =.=

Itu kalau ada trolley, kalau tiada??  Penat mengejar dia asyik berlari kesana kemari. Penaaaattttttt..  Kenalah bawa daddy untuk guard dia.  Dia hanya akan duduk diam kalau ada sama daddy.  Cuba kalau sama mummy seja?  Cancel shopping terus. x terkawal.

0 comments:

Catat Ulasan