Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Jumaat, 28 September 2012

Oh My SOFA!!



Salam Jumaat semua...


Lately busy sikit, sampai banyak entry yang x terpublish..  Dengan kursusnya, dengan kerja di opis and macam-macam lagi..  Plus, Irfan pun demam on off.. =(  Lepas Irfan, turn daddy pula demam.. 

Okay, itu selingan..  Out of topic kan.. hihi

Dalam entry ni, just mau share 'perkembangan' Irfan sejak da dapat lesen kaki full. Walking, running, memanjat sana sini.. semuanya da dapat lesen full!!  Sikit lagi mau dapat lesen tangan full pula..  

Ini pula sesi ujian untuk mendapat lesen tangan full.. =.= baiklah... 


Ujian mendapat lesen tangan full yang pertama :
Sofa daddy




Habis dikopek..  





Time ni cuma mummy sama Irfan yang ada di rumah..  Daddy pula, kerja..  

Masa mummy di dapur masak bubur, ini lah yang Irfan buat di ruang tamu...  Habislah!! Mesti nanti daddy marah ni... 

**

**

Bila daddy balik, terus bagitau..  

daddy cakap " xpa la.. nanti boleh hantar ke kedai cushion"


fuhhhh.... nasib baikkkk...




Buang Barang



Salam you alls....

Sekarang ni aku sikit-sikit stress...  Anak baru 1, stress lebih-lebih pula kan?  Orang anak 7 pun x stress sangat macam ko.. xpayah mau stress-stress sangat lah!!


Last week, masa weekend tu bersihkan rumah..  So, bukalah sliding door tu seluas-luasnya..  Biar angin yang x berapa mau sepoi tu masuk dalam rumah..  So, Irfan dengan bebasnya boleh keluar masuk rumah from beranda tu..

Petang tu, dia di beranda sambil tengok the kids main di playground. Yang excited lebih adalah orang yang x dapat turun main di playground.  Yang menjerit-jerit sambil ketawa terkekeh-kekeh adalah budak yang hanya memandang the kids yang main di playgorund.  Kesian anak aku kan.. Sekali sekala, aku bawa la juga dia turun main di playground.  Selalu tu, x boleh la..  Irfan kan baru setahun lebih..  The kids yang main di playground tu rata-rata umur 5- 10 tahun.. Semua jenis permainan pun Irfan belum pandai main..  Pegi playground pun selalu asyik lari-lari and main tanah.. If da x boleh larang dia main tanah tu, terus balik rumahlah jawabnya.

Lately, Irfan asal ada chance keluar ke beranda, dia akan masuk semula untuk ambil apa-apa barang yang ada di lantai. Hari tu, toys dia.  Bawa keluar ke beranda semula, and buang ke bawah.  Hah ko.. Jatuh ke beranda umah orang bawah.

Yang terbaru ni, handphone daddy.  Dibuang sampai kena zink rumah paling bawah.  Sampai sekarang tersadai ja di sana..  Nasib baik phone tu da rosak.  If masih guna, memang kena la ni anak...

Next time mo pasang netting la di beranda tu.  Tengok cmana dia mo buang barang lagi lepas ni.

Selepas kejadian, if Irfan belum tidur, aku x buka da sliding door tu lansung sebab walaupun buka sikit, dia da pandai buka. masukkan tangan sikit, pastu tolak sikit-sikit sampailah dia boleh keluar.



Rabu, 12 September 2012

SUPRA



Budak kecil ni sangat suka pakai kasut orang besar.  Even high heels mummy pun dia pakai.  Walaupun jatuh berkali-kali and menangis berkali-kali, tetap juga gigih.. =)  

Especially kasut supra ni... Gambar diambil masa projek pembersihan rumah dijalankan..  So, abaikan semua kotoran-kotoran kurang degil di sekitarnya.. hihihi =)



Baju besar gedabak.  Tapi seluar x pakai..
  Kesian.  Anak siapa la ni..





Main peek-a-boo pulak kan... masa kira 1,2 tu ok ja senyum.. masuk 3 tu, terus pandang arah lain...  Memang selalunya begitu la masa ambil gambar..  Sebab tu, gambar Irfan sejak da besar ni ada kurang sikit..





E'eh..  Berat la pulak...



Oopssss...  Careful sayang....




See...  Sudah mummy cakap kan...  
Bila jatuh, and try to bangun sendiri..  Tau la kan, bila kasut besar, berdiri pun payah..  Bila berdiri tu payah, nangis adalah jalan penyelesaiannya..  Ada orang akan tolong bangunkan..





Bila orang da tolong bangunkan, saya berenti menangis dengan serta merta and sambung aktiviti lagi.. =)


sekian.





Selasa, 4 September 2012

Cloth Diapers selepas setahun


Masa umur Irfan 2 bulan hari tu, mommy da belikan cloth diapers (CD) tuk dia..  Beli pun sikit sebab saja mau try kan...  Sekarang ni, Irfan masih muat lagi CD tu.. Memang berbaloi-baloi la..  Inner belum rosak sikit pun..  Cover pun masih okay cuma warna ada pudar sikit..  Dari segi kepuasan, memang masih SANGAT SANGAT MEMUASKAN. 

Mommy cuma pakaikan Irfan CD ni bila di rumah.  If ke taska, memang pampers la.  Setiap malam pun pakai CD.  Kiranya dalam sehari tu, bolehlah save 1 & 2 keping pampers.  Okay la kan dari tiada...





Irfan tidur sangat selesa sampai malas nak bangun minta mommy buatkan susu.  Mommy beli CD ni masa promo.. RM15/pcs sahaja! hehe...  Semalaman, Irfan cuma pakai 1 CD.. Sooo jimat.. tapi sebelum 7.30am gitu kena tukar la.. kalau tidak, memang kuyuplah jawabnya.. 

So, mommy-to-be dan mommies out there, aii suggest u all CD ni..  Berbaloi untuk $$$ dan juga untuk alam sekitar!  =) *sendiri tak fully CD'ing, pandai pula suggest orang lain kan...* hahaha...



Rabu, 8 Ogos 2012

Kekasih hatiku : Big Bossku Part.2



Inilah bigboss terchentaku... Pandai boss pilih tempat duduk kan?? Muat-muat punggung jek...






Pandai kan?? duduk lah di sana.. yang penting boss happy.  Baik-baik ada tempat yang luas, siap boleh landing lagi... tapi sibuk mau duduk di sana.. setengah punggung je muat.. kahkah...

Muka baru lepas marah kena kasi bangun untuk ke sekolah.. =)

Khamis, 12 Julai 2012

It's Pantai timeeee....


Salam....

Hari tu, Irfan menangis-nangis tak mau masuk dalam kereta... Biasa lah.. sejak ada 'kaki' ni, asyik mau berjalan saja.. Jenuh mak mengejar kesana kemari...

Petang balik kerja kan time yang paling sibuk.. Di mana-mana pun jam.. So, daddy suggest la, berenti kejap di tepi pantai... Sampai ja di Tanjung Lipat, Irfan terus cepat-cepat keluar dari kereta.. Happy betul! Sanbil menjerit-jerit di tepi pantai tu..




Terussss, ke laut... x takut lansung! Stop kejap, hairan tengok ombak.. lepas tu, lari lagi ke laut sambil tunjuk sunset & gelak-gelak...  Besar da.. Rasa macam baru 3 bulan lepas mummy bersalin.. hihi





Daddy, Irfan & Mummy... =)







Tengah surut....  Irfan tengok sunset sambil mendekat.. Ingatkan boleh grab sunset tu.. Semakin lama, semakin berjalan ke sunset.. hihi... =)

Daddy jadi bodyguard, takut nanti budak kecil ni duduk and terus minum air.. Favourite! selalu buat begitu masa mandi...







Daddy pujuk Irfan naik ke pantai.. Irfan mengeras xmo naik.. Makin ke tengah adalah... =)

* Baju, seluar & pampers basah kuyup.. mummy x sempat buka, sudah masuk dalam laut.. alang-alang da basah, mummy biarkan ja la..  mummy sempat buka kasut ja..


Lepas da paksa Irfan ke pantai, kemain meraung.. semua orang di tepi pantai tu tengok.. da la suara macam budak darjah 3!! Ades.. terpaksa buka baju tinggalkan pampers, terus bawa main di playground.. Nasib makan pujuk.. kalo idak???  =.=


Naik kereta, sambung meraung lagi sambil hempas-hempas badan di badan mummy.. Sabooo je la...


Sekian, Laporan di pantai.. hikhik...




11 hari... semoga cepat berlalu


Salam semua....


Semoga mummy boleh handle Irfan dalam masa 11 hari daddy outstation ke Oversea.. Aisey! hehe.. Oversea lah sangat kan....


Baru beberapa hari daddy outstation, Irfan punya meragam tu, Ya Allah... Bikin mummy hilang sabar.. Betul-betul menguji kesabaran...  Menangis beria-ia sampai macam da jadi mangsa dera..  Kalaulah ada jiran tetangga jenis yang prihatin, maunya dilapor ada kes penderaan di kawasan perumahan tu... =.=


Lepas tu, sampai di rumah ja teruslah jadi belangkas.. Baru buat kerja di dapur sikit, sudah melalak-lalak... Mau juga mummy duduk di sebelah dia sambil dia main lori dia tu..  Asal berpaling, tidak nampak mummy di mana-mana, sudah start enjin... Aduhhhhh~~ Stress mak tau...  Ini baru 1.. Kalau 2,3,4,5????


Semalam, Irfan nangis depan tandas sambil pukul pintu tandas.... 'daaaaa diiiiiiiii'...  Macamlah daddy dia ada dalam tu.. mummy ambil, bawa ke ruang tamu, buka # disney junior... Ok, duduk diam tengok Tayo The Little Bus... Iklan ja, terus berlari ke depan pintu kamar mandi pula... Sambung nangis & pukul-pukul pintu kamar mandi... 'daaaaaa diiiiiiiii'.... Ades... mummy ada sini nakkk... tak payah la daddy sangat... =.=


Sebelum tidur, mummy terpaksa merelakan diri untuk menjadi bahan gusti Irfan..  Mesti dia rindu, sebab selalu, daddy main gusti-gusti dengan dia..  Bila dia boring sebab mummy x pandai, dia sambung nangis lagi... Nasib baik ada t shirt daddy yang x basuh lagi..  Boleh lah jadi umpan sekejap...








Selasa, 10 Julai 2012

Irfan Qaiser & Angka 1


Salam semua.....

7.7.12 hari tu, 1st birthday Irfan... 7.7.12 tu pula, jatuh pada hari Sabtu... Lorr, sungguh tidak meriah sambut birthday bertiga.. hihi... So, mummy ingat hari Isninnya, (9.7.12) tu, mau bawa kek ke Taska Kristal Ria.. Taska tempat Irfan bersekolah.. aisey... hehe



Tadaaa~~~ Ini 1st birthday cake Irfan... Aikk?? kenapa mummy pilih Upin Ipin pulak??? 

Mummy pilih gambar upin ipin, sebabnya Irfan sukaaaaaaaasangat-sangat dengan 2 orang budak botak yang comel ni... siap tiru cara cakap 'betul betul betul' tu.. Walaupun tak dapat sebut 'betul' tu dengan betul, tapi bila sebut tu, Irfan dengan sedaya upaya nak kecilkan suara... haha..



Having roti telur for breakfast with daddy... Amboi... tak sabar.... Panas nak oiii...




Untuk Irfan,

Semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan kedua ibubapa.. Jadi anak yang berguna, dan disayangi oleh semua orang...  Boleh ja kalau mau naughty, tapi jangan berlebihan yaa.. noty sikit2 boleh la.. Jangan dulu cari girlfriend sekarang... Tunggu besar sikit..Untuk tahun pertama ni, ini ja la pesanan mummy... nanti bila sudah 2 tahun, makin panjang dan begitu juga seterusnya... Okay...

Salam sayang,  

mami Irfan yang cantik...

Kenapa Lelaki Tak Pakai Tudung??


Salam...

Hai u alls.... Okay, entry ni, saya buat setelah mendapat komen dari saudari Aqeeda Ezzati pada entry fakta saintifik kelebihan berhijab..


Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Actually, saya pun tidak pernah terfikir nak tanya soalan macam yang cik kita tanya tu.. Okay sangat lah dia tanya.. sebabnya, kalau dia tak tanya, saya pun tak pernah nak cari-cari fakta tentang Kenapa lelaki tak bertudung.. At least, kita semua boleh tambahkan pengetahuan.. =)

Okay, berbalik kepada tajuk, saya ada buat research.. Ala, dari internet juga.. u all pun boleh buat what...  Mungkin, bolehlah sedikit membantu jawab soalan cik Aqeeda kita kan... 

Mak pun baca kat sini, you......






Rabu, 6 Jun 2012

Milestone : Irfan @ 10 MO



Salam all... Ni mau story milestone Irfan sepanjang sudah berusia 10bulan ni...

* Start pandai jalan masa umur 8 bulan ++... Awal kan? (Mommy baru berhajat mau belikan walker untuk dia..)

* Berat, naik 100 gram ajer setiap bulan... Kesian.. =(

* Gigi dah ada 6 batang.. 2 batang lagi coming soon..
2 batang di bawah & 4 batang di atas...

* Suka bila masa gosok gigi... Lepas mommy buat, mau pegang berus gigi sendiri, and repeat gosok gigi lagi.. Mommy belum berani guna ubat gigi lagi... Memang dah standby beli, tapi belum confident mau guna untuk Irfan.. Masih baby.. =)

* Tabiat hisap jari belum luntur!! Risau makk....






Siapa-siapa ada petua, bolehlah turunkan yaa....

Hari tu, sebagai usaha menghentikan habit hisap jari ni, pernah juga letak ubat yang pahit, benda yang asam... Tapi, semua tidak berkesan.. apa lagi ya??

Yang merisaukan tu, pernah sampai luka ibu jari dia sebab terkena gigi bawah dia.. Mau letak ubat pun susah sebab takut nanti tidak selamat untuk dimakan ubat tu..



* Bila sebut saja full name dia "Muhammad Irfan Qaiser", dia akan menyahut seolah-olah cakap "hadir"... hahaha.. lucu... Kalau datang malas, dia just angkat tangan ja.. adei, macam di sekolah pula.. Cikgu panggil, cakap hadir...

* Pantang nampak esculator.. Mesti mau balik-balik turun naik..


* Lagi satu, sangat mementingkan kesihatan dan senaman.. Treadmill di rumah omah dia pun dia tau cemana fungsinya... =) (gambar nanti mommy upload... terlupa save di mana...hihi)

* Alhamdulillah, masih mahu dan ada rezeki menyusu susu ibu.. Walaupun kalau tidak cukup, minum juga susu formula..

* Masih pakai colth diapers lagi dalam 50% dalam sehari..haha... Jimat sikit duit beli lampin pakai buang... Kata sayang alam sekitar... haruslah membantu sikit-sikit... (walaupun pakai juga lampin pakai buang certain time...)

* Badan semakin susut sebab asyik sakit.. Orang tua-tua kata, sakit mau membesar... =)


Dulu......


Masa umur dekat 3 bulan.... =) sihat dan kuat.. lagi berSEMANGAT..


Sekarang......




Memang asal duduk di car seat, tidak pernah betul.. Inilah cara Irfan duduk di carseat sejak sudah besar-besar ni.. dengan botol air bertali warna 'pink', boleh sambil santai-santai, sambil minum air.. hihi'

* Suka minum air putih... Dalam masa sehari, boleh habiskan 2 botol air dia tu.. selain makan 3x sehari & minum susu 6 kali sehari..

* Sangat suka pergi sekolah, sebabnya.....


Sesampai di taska, bilik ini dulu yang dilawati... sebelum menyapa teachersnya sudah bemain di play area ni...


Buat masa ni, itu saja milestone Irfan yang mommy kenalpasti.. nanti untuk 11mo, boleh update lagi... =)


Buat Irfan Qaiser, kesayangan mummy & daddy....

Semoga menjadi anak yang soleh, mendengar kata, bijak, terbaik untuk mummy & daddy dan sentiasa berdoa untuk mummy & daddy, dunia dan akhirat... Aminnn... =)