Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Sabtu, 13 November 2010

KERBAU OH KERBAU...


Selamat berhujung minggu semua... Hujung minggu i habiskan di rumah saja.. Maklumlah, cik abang kerja kan... (eleh, macamlah kau tak biasa duk sorang-sorang kat umah kan?? time bujang dulu boleh je...) itu masa BUJANG, okay!! sudah.. stop gaduh.. ok, i stop...

Eh, pasal apa pula tajuk entry kau kali ni sangat menggoda dan kelihatan vogue sekali?? ok, berhenti fikir dan i akan cerita sekarang juga.. ya, sekarang...

- Hard Disc Pink ini bertajuk = Buffalo-

Hah... sekarang semua dah dapat agak kan kenapa tajuk sevogue itu yang i gunakan, kan??

Eh, sabar la... I cerita lah ni...

okey, Cerita dia begini... Hari tu, i ada beli hard disc.. ya lah,.. lappy tersayang dah macam nak lembab sebab tersangatlah banyak benda-benda yang tak berapa nak penting tapi i perlu.. contohnya games, pic2, lagu2 60-an sampailah 10-an.. (eh?ni macam makin oldskul ni? abis tu kalau tahun 2010, nak singkatkan cmna ek?? tak payahlah pening-pening fikir.. cakap je lah tahun 2010..) and so-so....

Episod ke-2nya begini


**

**

**









Benda ni, i tak pernah guna.. so, after 3minggu, i try la guna dengan hati yang riang gembira, serta berkobar-kobar (ye lah.. barang baru... eksyen sekejap dekat adik-adik).. sekali tu, tak dapat nak guna.. first, dia bagi arahan tuk install benda ni.. i buat.. pasti dah DONE semua, i try la letak gambar dan lagu banyak-banyak.. maka dengan itu, i hapuskan semua folder yang i dah pindahkan ke dalam kerbau ni.. i tak delete gitu je tau.. i delete, permanent terusss... dengan hati yang lapang, i pun pergi lah sambung tidur (masa kejadian : malam, tempat : taman satria ) <--perlu ke? kau ingat polis report?? oh, whatever lah...

Keesokan paginya, bangun je dari tidur, i on lappy bersama-sama si kerbau ni sekali.. tengok-tengok, semua data yang i transfer pada malam kejadian tak de pun dalam kerbau... check punya check, kosong! perghh!! gelabah gila... Memang lah, harga bagi u all takde lah mahal pun.. tapi, sebagai pembeli, kalau dah silap beli barang camni, rasa cuak juga kan??

3 hari kemudian, i tanya kawan yang kira pakar lah juga dalam hal-hal macam ni.. (i beli brand kerbau ni pun setelah dia suggestkan... ada turbo lah.. cepat lah...) memang betul lah pun...
Dia cakap dah tak boleh selamatkan data-data kat dalam.. kena hantar kat kedai tu balik.. sebab masih baru dan warranty pun masih ada..



Episod 3

1 minggu kemudian, i ngan hubby pergi lah kat kedai tersebut... nak claim warranty lah konon... One of their staff try buat... then, berjaya! tapi sempat berpesan 'kalau tak okey, datang balik and claim warranty'...

Sampai rumah je malam tu, i try... then, yessss!! yes apa, tak jalan jugakk laa... hmm



Episod 4

Fuhh, panjang cerita kau, sampai berepisod-episod.. Padahal takde lah best mana pun... biasa je... biasa-biasa pun, yang ko baca pehal?? <-- dialog si hitam dan si putih.. okey, tapi kau dah lari tajuk.. sambung balik...

pergi semula ke kedai berkenaan... diorang try buat lagi dan ternyata, memang dah rosak.. so that, nak kena tinggalkan kat kedai tu.. diorang nak hantar pegi kilang.. hubby i tak nak macam tu.,.. dia nak on the spot ada ganti.. kesian juga kat adik sorang tu, terpaksa gi jumpa supervisor dia berkali-kali... bincang punya bincang, hubby i dah naik angin.. supervisor tu boleh cakap camni..
"i boleh ganti hard disc ni on the spot, tapi u kena datang bawa cable ngan kotak tu skali.. kalau kotak tu tak ada, i tak boleh ganti" <-- heii, ko takde bagitau pun, "kotak tu ada warranty tau.. kotang jangan buang kotak tu.. kalau kotak tu takde, tak boleh claim warranty" kalau ko cakap gitu, i akan simpan kotak tu sampai 3tahun tau!! ingat ape.. seumur hidup i, tak tau pula yang kotak pun ada warranty.. baca kat term n condition pun tak de.. suka-suka ko tak nak bagi warranty..

To abang supervisor berbadan sasa (kalau kau baik, panggil sasa la.. dalam kes kau ni, i panggil gemok je), kau tu, dah lah berlagak boss, layan customer pun macam layan peminta sedekah.. i layan peminta sedekah pun tak macam u layan customer tau!! nasib baik bos u takde kat kedai time tu.. kalau ada, siap kau! (ceh.. ganas kan i?? kan? kan? kan??)

Setelah hubby i gaduh-gaduh manja ngan staf kat kedai tu, akhirnya i dapat juga KERBAU baru.. kaler pink lagi u.. (dulu kaler putih)..

Happy ending kan?? yeahhh~~~~~~ sila tepuk tangan semua... hihi

-TAMMAT- <--zaman P.Ramlee nih
SEKIAN.

0 comments:

Catat Ulasan