Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Rabu, 8 Disember 2010

Majlis Resepsi - 04.12.2010


Wah.. Sangat ramai orang yang buat majlis, sama date macam saya! bayangkan, di kampung Lohan saja, ada 5 majlis perkahwinan... (yang saya tahu lah.. belum termasuk yang kad jemputan tidak sampai di rumah ayah dan bonda terchenta - mesti sebut ayah dan bonda tercinta kerana kad hanya ditujukan buat mereka dan tiada 1 kad pun tulis nama saya..)

izinkan saya menyampaikan satu dua kata kerana pada hari persandingan saya tidak berpeluang melakukannya...

**
**
**

Indra Mozainie, anda telah mungkir janji! Saya sangat terkilan.. silalah ketahui...

Farah Fecca, walaupun sedih kau telah absent, tapi demi tugas kau, saya telah maafkan kerana saya pun tahu, kau mesti terkilan sebab tidak dapat datang.. <-- Rugi kau! saya sangat cantik tempoh hari. Yakin diri... haha

Faten Nadia, Thanx sebab hadir bersama yang tercinta anda, Afif Ghani.. hadiah anda berdua memang comel.. thanx.. =) sila pinjamkan saya baju yang anda pakai tempoh hari bila ada sebarang majlis yang akan saya hadiri nanti...

Nurul Ayenn, Walaupun anda teba lewat sedikit, tetapi saya amat menghargainya.. Saya sudah lama tidak ketemu dengan Puan Paniah Samichan dan dia turut sama hadir pada hari tersebut.. Thanx bebeh...

Buat semua yang hadir, terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk datang tengok saya yang cantik ini bersanding.. walaupun kalian penat kerana menghadiri beberapa lagi majlis yang lain, anda tetap datang... Doa yang anda panjatkan amatlah saya hargai... 

Okey, selesai sudah sesi menyampaikan ucapan.. kini, tiba masanya saya mengupload sekeping dua gambar kerana gambar lain belum saya terima...


**
**

 
:: bunting yang telah dicuri.. owh, pandainya..baru semalam saya kahwin,hari ini kau sudah curi benda ni.. buat apa lah curi benda nih..baik pergi curi makanan di dapur tu..kenyang lah juga.. Benda ni sebenarnya mahu dijadikan kenangan..tapi malangnya, orang lain dulu turunkan untuk kenangan.. peminat i kut... auww!! sangat gedix..

 suka sangat bulu mata tersebut walaupun berat bak mengangkat papan di mata, tetapi tetap gah kerana ingin kelihatan cantik.. haha



**
**

11am : majlis perarakan..

p/s : syasya menamakan dagu saya sebagai 'dagu RIANA', kerana kemontelan yang sama seperti dagu RIANA dalam cerita CINTA KIRANA..

apa pasal lah asyik shoot bibir mungil begitu...alahaiii
 

uhh.. my hero~~~

12.00pm : Selamat tiba selepas berarak...


 12.30 pm : Makan beradat

**
**

 7pm : majlis potong kek

oh, our flowergirls yang sangat sibuk mengalahkan mama pengantin..

Bersama family pengantin lelaki

Hiahh!! Pedang samurai untuk potong kek....

**
**
9.00pm : masa untuk beraksi setelah tetamu beransur pulang...
 


ini saja yang saya baru dapat.. bila da dapat semua nanti, saya upload lagi...

pengalaman..

:: Inilah perkara yang paling memenatkan tapi berbaloi dalam hidup :: kenapa pula penat?? gila x penat? buat persiapan,.. malam berbedak (sungguh takkan ku lupa sampai bila-bila seksanya), bangun awal pagi dan kena siram dengan air bukit yang sangat sejuk..menggigilll woo... make-up dan ready untuk berarak (dengan perut lapar kerana tidak sempat breakfast..tahanlah sampai makan beradat, pukul 12.30pm! ingat apa?perut pun da bunyi ikut paluan gong tau...)..dah lah makan beradat tu tak boleh makan banyak..pastu kena tukar baju..hah, ambil masa untuk tidur sekejap walaupun selepas makan-ahh, semua tu tidak dihiraukan lagi kerana sangat penat + tidak cukup tidur = ambil peluang..

kesimpulan : itulah pengalaman saya semasa melalui majlis perkahwinan walaupun resepsi saja.. rasanya kalau nikah pun masa itu juga, berlipat kali ganda kepenatan...buat persiapan nikah dan sebagainya pula..

Majlis ini cuma dijalankan sekali @ dua kali dalam seumur hidup (dua kali tu, maksudnya dua belah pihak lah..)
so, kenalah buat se-grand yang mampu, kerana itulah kenangan kita hingga ke akhir hayat.. ianya tidak akan berulang berkali-kali.. so, rancang dengan baik semoga mendapat hasil yang baik.. tidak perlu lokek untuk mengeluarkan belanja yang lebih.. bukan untuk orang lain.. untuk diri sendiri juga kannn?? (lainlah kalau ada yang dah berazam untuk buat berkali-kali).. tak cukup okey, buat lagi tahun depan.. haha.. jangannn...

Panjangnya kesimpulan! patutlah hero i cakap, i dah lulus jadi makcik-makcik.. mulut potpet saja.. but, its okey..

-EnD- <--amboii, sopannya! hihi, sambung nanti...

6 ulasan:

  1. congrats atas persandingan anda. oi ko mo tau kah rupa ko sgt penat tym ko bsanding tgahari tu. hahaha.. penat tei? penat apa? hahahaha. ok ko ble pnjam ne bju tp cepat2,, nnt klu ko sdh berisi, ko x muat lg. lol!

    BalasPadam
  2. erm walau apa pun sy sngt teruja melihat poster anda

    BalasPadam
  3. @Nadyahaha... sangat penat.. ko fikir apa... baju tersebut, saya tidak muat sudah buat ketika ini...haha..

    BalasPadam
  4. @FarFec terima kasih atas keterujaan anda.. saya kelihatan amat cantik pada poster tersebut kan??haha.. itu yang membuatkan anda teruja.. hikhik

    BalasPadam
  5. smpai ja d simpang terus sy ckp ma afif, ai gmbr yg pka ambl ba ne kna bt poster. wuuuyoooo.. hehehe.. eee sy mo mkn lg tu daging kmu ohh sedapp

    BalasPadam
  6. rendang kmu juga lah...sepa yg chef tym tu kim salam...laki sy cakap rendang tersedap...sampai teringat2 oh tym balik membakut...

    BalasPadam