Nak duit poket?? Klik sini..

Pengikut

Selasa, 19 Mac 2013

SAYANG.... Banyak mana??




** I sayang u..


## Iya?? sayang yang macamana?? banyak mana tu??


** 2 sudu.


## (^$&^$^&%&!!!
sayang banyak 2 sudu ja.. boleh?


Thanks sayang...  2 sudu tu, Irfan makan pun x kenyang tau... haha...

Rabu, 12 Disember 2012

Dua Belas




Wahh... banyak sungguh angka 1 dan 2 hari ni..

12.12.12..  ada siapa-siapa yang kahwin x hari ni?? Wahh.. Cantik date..
Hari ni juga, genaplah kesayangan terbaru berusia 12 minggu, kehulu kehilir bersama mommy.. =)

Apa lagi yang 12 ya? Ooo.. ya, kebetulan sekarang ni tepat jam 12.. pheww..  memang lucky 12 lah!!


Rabu, 7 November 2012

DURIAN Pancake / Durian crepe



Masa window shopping di City Mall hari tu, haruslah singgah di stall yang jual durian pancakes.  Ada kawan yang cakap, sangat sedap.  Kalau beli, jangan beli 1 saja. Harus beli sampai 5. Kenapa? Sedapppp...  Gerenti x puas kalau just ambil 1 tapau.

So, sampai depan stall tu, i tanya mr.hubby.

"Mau ambil berapa banyak ni?"

Mr. Hubby : Besar juga nafsu??? 1 cukup lah.. buat apa banyak-banyak.

i tau, dia hantu durian (kami 1 family memang hantu durian. Yang paling adalah Irfan.)
dats y i tanya dia.  Kut-kut lah dia cakap "ambil 3 la.."

okay, so i cuma ambil 1 tapau saja.

Sampai di kereta, tanpa memerdulikan orang yang mau masuk parking, i suruh Mr.Hubby tunggu jap.  Makan dulu.. 


Inilah rupa bentuk durian pancake tersebut.  I mesti pegi lagi next time dan terus beli 3 tapau(untuk saya saja).  Temaha betul oo kan??




Hantu durian yang comel sedang menikmati pancake beliau sorang-sorang di seat belakang. (gambar kabur kerana sedang melalui jalan yang berombak-ombak)



Standby air minum sebelum berlaku apa-apa. (sama. jalan berombak, sebab tu gambar x clear)



ini apa? xkan jalan punya salah juga?  Ok, fine. I pakai henpon buruk ja.. =(

Maammiiiii... Finishhh.. mau lagi.
Sorylah nak.. semua sudah habis mummy bedal. 

Mr.Hubby tengok ja i makan.
I ask him "mau ka?"
Mr.Hubby : Mau lah kalau sayang bagi...

Haha.. kesian kan?  Or sengaja jawab begitu supaya i kesiankan... 
So, i bagi MR. Hubby 1, Irfan 1 and another 2 for mummy. 
Adil la begitu kan?? Kenapa pula x adil?? Kan i makan untuk 2 orang. Eh.



Irfan Go Shopping dengan Compact car



Semalam sambil menyelam minum air. 
Irfan flu, so bawa dia ke klinik.  Masa di klinik tu, doktor cakap ada demam sikit. 
Memandangkan CityMall adalah sangat hampir dengan klinik yang kami pegi tu, maka haruslah singgah..

Ke Giant untuk cari pengganti botol air Irfan.  Sejak tiada botol air, Irfan makin pemalas ya ampun mau minum plain water.  Memang sangat ketara.  If bagi minum dalam gelas, hanya seteguk dua sahaja.  Selebihnya, sebagai air basuhan tangan. =.=

Bukan botol air yang ingin diceritakan sekarang ini ya... hihi
Ini cerita di Giant.

Irfan beria-ia duduk dekat trolley yang ada kereta untuk anak tu.  Sambil 'tuuu...tuuuu' tunjuk kereta, maksudnya 'mau itu, mau itu'. Sewanya adalah seMAHAL RM50.00.. Janganlah risau sangat. Refundable juga pun... hihi, maklumlah... 1st timer...



 sepanjang di dalam kereta tu, asyik broom broom, nginggg nginggggg (bunyi kereta) saja.  Sambil pusing-pusingkan steering dan hentak-hentak kaki. Motif hentak kaki? Idaklah saya tau...  Hanya Irfan yang tau, apa yang dia imagine masa hentak-hentak kaki tu. Adakah imagine menekan clutch dan minyak? atau tekan brek kah?? hihi..






Sengih-sengih bila tengok daddy snap gambar dia..



Reaksi ke-hairan-an disitu.
Aik, kenapa boleh jalan ni?? Mana roda?? x nampak punnn...
Or.. eh, kenapa masih jalan ni?? kan dah tekan brek.. =)




see.. how nginggg-ngingggg and vroom vroom he is kalau ada benda ni..

Baik ada benda ni.  Irfan x mau turun-turun sampai mummy habis shopping.  Kalau trolley biasa tu, habis dipanjat sana sini.  Berenti kejap, adalah barang yang diangkut masuk dalam trolley.  X pun, asyiklah mengoyakkan plastik pembalut ayam or petik-petik daun sayur.. Sampai kaunter, sayur daun tinggal batang saja lagi. =.=

Itu kalau ada trolley, kalau tiada??  Penat mengejar dia asyik berlari kesana kemari. Penaaaattttttt..  Kenalah bawa daddy untuk guard dia.  Dia hanya akan duduk diam kalau ada sama daddy.  Cuba kalau sama mummy seja?  Cancel shopping terus. x terkawal.

Khamis, 18 Oktober 2012

New Hair. Hensem x?



Last week, balik Ranau.  Irfan ada new hair style..  Dulu rambut cacak-cacak macam kulit durian. Sekarang ni....

**




**





**






**






**







**





Eh, nanti ja la letak gambar kan?  Hihihi...

Irfan, kalau masa gunting rambut sangaaatttt lahhhhhh good boy.  Duduk sana ja diam-diam sampai rambut siap dipotong.  Nasib baiklah sekarang ni zaman moden.  Mesin potong rambut pun da ada.  X perlu risau-risau terpotong cuping telinga or sumpak kan..


Irfan, makin besar ni, makin banyak peelnya.  Memang menghiburkan.  x sedar, da pandai ajuk cakap orang..  


Rambut Irfan ni, memang sangat cepatlah tumbuhnya.  Masa baru lahir hari tu pun, rambut memang lebat gila!  Padan la, masa pregnant tu perut gatal semacam.  Kalau x garu, memang x bole.  Mesti kena garu juga, x boleh tidak..  Hasilnya, stretchmark merata-rata.  Thanks kepada rambut yang lebat itu.

Da besar-besar ni, paling lama pun, sebulan sekali mesti potong rambut.  If x, jadilah style rambut durian (gelaran di taska).  

Ok, sudah. 


Ini reaksi Irfan bila kena suruh pose untuk diambil gambar. 



Malu-malu sambil berpaling.  Ecececeeeee... pandai minta puji sudah.






Sekali lagi.... 



Malu-malu sambil pejam mata pun adaa...





Malu tapi mahu ba sebenarnya kan..  pura-pura seja...






-Sekian-

Rabu, 10 Oktober 2012

Things To Do Sebelum Berkursus



Loorr, padahal kursusnya 2 minggu yang lepas.  Almaklumlah, orang busy mengalahkan menteri.  Update blog pun sebulan sekali..hihi..

Ala, kalau update selalu pun, bukannya ada orang yang baca..  Syok sendiri ja i nanti...



Okay, ini entry ibu yang akan meninggalkan anak kecil dan suami untuk berkursus (macam jauh, padahal x sampai 20km kut... hihi).  Bermalam, okay... so, haruslah sediakan checklist untuk daddy supaya tidak terumbang ambing semasa mummy berkursus.  Kalau semalam ja, ok la..  Ini 3 malam.  Inilah apa yang berlaku....

* Sediakan pakaian anak untuk ke taska selama 3 hari.


Kalau macam ni, daddy tinggal angkat masuk dalam beg Irfan ja.  Senang.  xda la barang yang tertinggal or balik-balik call mummy, apa yang perlu dibawa, barang ada kat mana, perlu bawa berapa pasang, warna apa, kena match ka x payah, dan macam-macam lagi.

Tapi, yang paling sadis, buka kabinet pakaian Irfan and sumbat semampat-mampatnya beg Irfan dengan pakaian and pampers Irfan.  Kalau masih dalam lipatan yang sempurna ok la.  Tapi kalau ambil baju yang i x lipat lagi, terus masuk dalam beg, cemana la ya???  Mesti teacher Irfan sesak nafas mengemas beg Irfan.  Mau cari pakaian pun susah.  haha




* Tidak lupa juga, sleepwear haruslah disediakan.  



paling penting, label mestilah besar gedabak, supaya daddy pandang ja terus nampak and dapat baca..  Macam ni hah...









Last-last, mummy bermalam hanya sehari.  Sebabnya, Irfan demam and malam-malam asyik pusing-pusing rumah sambil sebut "mamaa... mamaa.." 

Lepas demam on-off, maka keluarlah ulser sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Sampai kerongkong dia serang, ko...  Kesian kan... =(

Kalau gini, kena tunggu tahun depan untuk apply kursus lagi.  Masa tu, Irfan da cukup besar and boleh tidur dengan daddy tanpa mengelilingi seluruh rumah sambil "mamaaa..mamaa..."  siap ketuk pintu tandas sambil menangis lagi... Sedddeeeeehhhh kan.  Mak dia syok-syok bersembang sambil bergelak ketawa dengan kawan-kawan dalam bilik penginapan malam tu..


Tak Boleh Tahan



Hari tu, beli set buku and ada sekali set lego sekotak untuk Irfan.  Bawa masuk dalam kereta.  Irfan sekarang ni x mau duduk seat belakang.  Asyiklah duduk di pangkuan mummy and duduk di 'partition' tengah antara mummy dan daddy.  

Mula-mula tu, asyik lah toleh ke belakang tengok kotak lego..  Pastu da x tahan sikit, sentuh-sentuh box lego..  Sekejap-sekejap, toleh belakang and sentuh-sentuh box lego.


10 minit kemudian......



Start gundah duduk depan.  Tiba-tiba pula dengan rela hati mau duduk di belakang.

Rupa-rupanya...



Punya lah kuat kan sampai boleh angkat box lego ni kan...










"daaaadii~~" panggil daddy sambil angkat box.  Kononnya mau kasitau yang dia kuat and dapat angkat box tu la konon.  If kena puji, senyuman sampai telinga sambil sepetkan mata.  






Okay, itu cerita di kereta.



Sampai rumah...



Oh! my son....  bersepah-sepah...



x pa la...  yang penting x tolong mummy lipat kain.  Maka, sepantas kilat lah mummy melipat semua kain-kain yang telah kerKIV selama seminggu. =.=





Jumaat, 5 Oktober 2012

Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU)



Semalam Irfan muntah-muntah dan berak-berak.  Mula-mula hantar pegi taska pun macam ada something wrong jak ma Irfan.  Ingatkan dia masih mengantuk or apa.  Rupanya memang kurang sihat.  Dalam pukul 10pagi, dapat panggilan telefon dari taska Irfan.  Teacher dia cakap, da muntah dalam 3x..  Berak pun da 3x.  Pastu cair pula.  So, plan petang lepas habis kerja tu, terus direct ke klinik.  

Dalam 2pm tu, teacher Irfan call lagi.  Muntah da lebih 6x..  Baju basahan semua da habis kotor.  Baiklah, kena pegi Hospital Likas juga ni.  Irfan kan ada sejarah INTUSSUSCEPTION, so takut la kalau sejarah mungkin berulang.


**

**


Bila masuk Hospital Likas ja, teruslah teringatkan wad tempat Irfan ditahan.  Nauzubillah, janganlah lagi berulang admit mengadmit ni..  Bila dalam wad tu, bersyukur sangat-sangat sebab dalam wad tu, masih banyak lagi baby-baby lain yang penyakitnya lebih teruk dari Irfan.  Walau sesayu mana hati dengan keadaan Irfan masa tu, tetap bersyukur bila melihat keadaan baby-baby lain.  Dengan usus diluar perut, dengan pembedahan dan macam-macam lagi.


Pengajaran terbesar dalam mengasuh anak.  Next baby , never ever ever kasi solid food before 6 month.  Kalau boleh, mau kasi masa umur baby 6 bulan 2 minggu lagi.  Mau nda trauma masa Irfan masuk PICU tu.


Sekarang pun, masih lagi dalam langkah berjaga-jaga sebab masih boleh berlaku sehingga anak berusia 3 tahun.  Tapi jangan silap, anak yang tiada sejarah intussusception pun boleh kena.  So, pantaulah anak-anak kita sebab kita pun x tau kan dia makan cmana..  If 24 jam sama-sama bolehlah..  Tp kalau bekerja ni, susah sikit.  Bukan itu saja.  Anak-anak ni, makin membesar makin bijak.  Pandai tu tapuk-tapuk makan makanan yang tidak sepatutnya.

Jumaat, 28 September 2012

Oh My SOFA!!



Salam Jumaat semua...


Lately busy sikit, sampai banyak entry yang x terpublish..  Dengan kursusnya, dengan kerja di opis and macam-macam lagi..  Plus, Irfan pun demam on off.. =(  Lepas Irfan, turn daddy pula demam.. 

Okay, itu selingan..  Out of topic kan.. hihi

Dalam entry ni, just mau share 'perkembangan' Irfan sejak da dapat lesen kaki full. Walking, running, memanjat sana sini.. semuanya da dapat lesen full!!  Sikit lagi mau dapat lesen tangan full pula..  

Ini pula sesi ujian untuk mendapat lesen tangan full.. =.= baiklah... 


Ujian mendapat lesen tangan full yang pertama :
Sofa daddy




Habis dikopek..  





Time ni cuma mummy sama Irfan yang ada di rumah..  Daddy pula, kerja..  

Masa mummy di dapur masak bubur, ini lah yang Irfan buat di ruang tamu...  Habislah!! Mesti nanti daddy marah ni... 

**

**

Bila daddy balik, terus bagitau..  

daddy cakap " xpa la.. nanti boleh hantar ke kedai cushion"


fuhhhh.... nasib baikkkk...




Buang Barang



Salam you alls....

Sekarang ni aku sikit-sikit stress...  Anak baru 1, stress lebih-lebih pula kan?  Orang anak 7 pun x stress sangat macam ko.. xpayah mau stress-stress sangat lah!!


Last week, masa weekend tu bersihkan rumah..  So, bukalah sliding door tu seluas-luasnya..  Biar angin yang x berapa mau sepoi tu masuk dalam rumah..  So, Irfan dengan bebasnya boleh keluar masuk rumah from beranda tu..

Petang tu, dia di beranda sambil tengok the kids main di playground. Yang excited lebih adalah orang yang x dapat turun main di playground.  Yang menjerit-jerit sambil ketawa terkekeh-kekeh adalah budak yang hanya memandang the kids yang main di playgorund.  Kesian anak aku kan.. Sekali sekala, aku bawa la juga dia turun main di playground.  Selalu tu, x boleh la..  Irfan kan baru setahun lebih..  The kids yang main di playground tu rata-rata umur 5- 10 tahun.. Semua jenis permainan pun Irfan belum pandai main..  Pegi playground pun selalu asyik lari-lari and main tanah.. If da x boleh larang dia main tanah tu, terus balik rumahlah jawabnya.

Lately, Irfan asal ada chance keluar ke beranda, dia akan masuk semula untuk ambil apa-apa barang yang ada di lantai. Hari tu, toys dia.  Bawa keluar ke beranda semula, and buang ke bawah.  Hah ko.. Jatuh ke beranda umah orang bawah.

Yang terbaru ni, handphone daddy.  Dibuang sampai kena zink rumah paling bawah.  Sampai sekarang tersadai ja di sana..  Nasib baik phone tu da rosak.  If masih guna, memang kena la ni anak...

Next time mo pasang netting la di beranda tu.  Tengok cmana dia mo buang barang lagi lepas ni.

Selepas kejadian, if Irfan belum tidur, aku x buka da sliding door tu lansung sebab walaupun buka sikit, dia da pandai buka. masukkan tangan sikit, pastu tolak sikit-sikit sampailah dia boleh keluar.